teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

alat penjimatan minyak petrol dicipta oleh mekanik tempatan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan membantu mengkomersilkan alat penjimatan minyak petrol kenderaan dikenali sebagai 'storm bullet system' yang dicipta seorang mekanik tempatan.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata alat ciptaan Afendi Ibrahim, 42, itu dilihat berpotensi untuk dimaju serta dikomersilkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Beliau berkata alat berkenaan telah dipasang pada lebih 1,000 kenderaan termasuk kereta mewah tanpa sebarang aduan oleh pelanggan.
"Kementerian melalui Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) akan menjalankan penyelidikan terhadap reka bentuk yang lebih sesuai dan membantu memasar serta mempatenkan alat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bengkel milik Afendi di Taman IKS Duyung di sini, hari ini.
Katanya inisiatif itu merupakan usaha turun padang Mosti membantu mengkomersilkan penyelidikan sekali gus mencapai sasaran memasarkan 360 produk inovasi dalam tempoh lima tahun ini.
Dalam pada itu, Afendi berkata alat yang dicipta pada 2007 itu berfungsi menyedut serta mengumpul angin semulajadi bagi membantu menolak omboh enjin sehingga menjadikan pergerakan kenderaan lebih lancar.
Beliau yang merupakan bekas anggota tentera berkata alat tersebut mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol sehingga 50 peratus dan dipasang dengan kos RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada jenis kenderaan. - Bernama

Search This Blog