teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Perodua rancang perkenal enjin aluminium

Perodua merancang memperkenalkan enjin aluminium pada modelnya selepas ini untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun lepas.
Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, enjin itu akan dikeluarkan di kilang RM1.3 bilion yang dijangka siap pada suku ketiga tahun depan.
"Kami akan menukar enjin daripada besi tuangan kepada aluminium untuk meningkatkan lagi enjin pembakaran dalaman,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan “Revive Your Drive” di sini hari ini.
Aminar Rashid berkata, selain memberikan penggunaan bahan api yang lebih cekap, pertukaran kepada enjin aluminium akan mengurangkan kos pembuatan, sejajar dengan sasaran syarikat untuk mengurangkan kos antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2015.
"Untuk menjadi kompetitif, kami menyasarkan untuk mengurangkan kos antara 20 dan 30 peratus dan penukaran enjin adalah antara komponennya (untuk mengurangkan kos),” kata beliau. - Bernama

Search This Blog