teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Nissan Grand Livina baru [ 7 gambar ]

Pengedar jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan versi baharu Nissan Grand Livina dengan mengemaskini beberapa ciri dalaman dan luarannya.
Harganya atas jalan ialah dari serendah RM86,880 hingga RM99,880 sebuah, tidak termasuk pakej-pakej tambahan.
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, model jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) itu kali ini menampilkan 50 penambahbaikan baharu bagi memenuhi golongan keluarga serta yang gemarkan aktiviti rekreasi.
Antara ciri-ciri terbaharunya ialah lampu hadapan dan belakang, bamper, gril hadapan serta cermin sisi yang disertakan dengan lampu isyarat belok LED.
Stereng juga dilengkapi dengan butang kawalan radio dengan paparan meter yang terang dan mudah dilihat.
Bagi model 1.8L, ruang dalaman terutama di bahagian papan pemuka menggabungkan kombinasi tona dua warna yang menyerlahkan ciri-ciri kemewahan. Model ini juga dilengkapi kunci wayarles.
Bagaimanapun, versi baharu itu tidak mengalami sebarang perubahan terhadap enjinnya berbanding versi sebelum ini.
MPV itu hadir dalam tiga varian iaitu 1.6L manual, 1.6L automatik, 1.8L automatik dengan lima pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam, emas, putih dan perak.
ETCM menyasarkan untuk menjual 2,500 buah Grand Livina baharu itu menjelang akhir tahun ini.


Ciri-ciri utama Nissan GRAND LIVINA Baharu






  • Gril hadapan krom
  • Lampu utama yang menyerlah
  • Bampar hadapan dengan lampu kabus (1.8L Auto)
  • Bampar belakang dengan pemantul belakang bersepadu
  • Lampu belakang horizontal
  • Cermin sisi dengan lampu isyarat membelok LED (1.8L Auto)
  • Rim aloi 15” reka bentuk jejari-V
  • Acuan sisi kenderaan
  • Meter visi dengan MID
  • Fabrik baharu & skim warna dua tona untuk tempat duduk
  • Stereng dengan rekaan baharu bersama butang kawalan audio & MID
  • I-Key – Sistem kemasukan tanpa kunci & butang penghidup enjin tanpa kunci (1.8L Auto)
  • Audio 2-DIN yang besar
  • Tali pinggang pra-regangan dan pengehad bebanan untuk pemandu dan penumpang hadapan
  • Susunan tempat duduk yang fleksibel

Klasik for today








Perodua rancang perkenal enjin aluminium

Perodua merancang memperkenalkan enjin aluminium pada modelnya selepas ini untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun lepas.
Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, enjin itu akan dikeluarkan di kilang RM1.3 bilion yang dijangka siap pada suku ketiga tahun depan.
"Kami akan menukar enjin daripada besi tuangan kepada aluminium untuk meningkatkan lagi enjin pembakaran dalaman,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan “Revive Your Drive” di sini hari ini.
Aminar Rashid berkata, selain memberikan penggunaan bahan api yang lebih cekap, pertukaran kepada enjin aluminium akan mengurangkan kos pembuatan, sejajar dengan sasaran syarikat untuk mengurangkan kos antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2015.
"Untuk menjadi kompetitif, kami menyasarkan untuk mengurangkan kos antara 20 dan 30 peratus dan penukaran enjin adalah antara komponennya (untuk mengurangkan kos),” kata beliau. - Bernama

Spec R3 untuk semua model PROTON

KUALA LUMPUR  - Cabang permotoran Proton, Race, Rally, Research (R3) bakal dikembangkan peranannya dalam membantu menghasilkan varian sport komersial bagi model-model syarikat berkenaan pada masa depan.
Sejak ditubuhkan pada 2004, R3 lebih terarah kepada pembangunan kereta lumba daripada model Satria Neo untuk sukan rali dengan menyertai Asia Pacific Rally Championship (APRC).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, pengeluar kereta lain turut memiliki unit pembangunan sport sendiri dalam usaha menawarkan kelainan bagi setiap model yang dilancarkan dari segi rekaan dan prestasinya.
"Proton mempunyai perancangan masa depan yang besar untuk R3 dalam pelan pembangunan keseluruhan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
"Sebelum ini R3 hanya fokus kepada model Satria Neo sahaja dan selepas ini lebih banyak model Proton yang lain akan menerima sentuhan R3," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil telah menjelaskan kumpulan berkenaan akan mengumumkan pelan hala tuju pada bulan ini.
Kumpulan itu telah mengemukakan rangka pelan hala tuju itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beliau telah berpuas hati.
Penghasilan varian sport untuk sesetengah model kereta bukan sesuatu yang baharu dan telah dilaksanakan oleh beberapa pengeluar antaranya Nissan dengan Impul serta Nismo, Toyota dengan Toyota Racing Development (TRD) dan Honda dengan Mugen serta Type R.
Varian sport mampu memberi nafas baharu kepada model-model kereta standard yang berada di pasaran dan yang pentingnya mempunyai peminatnya sendiri terutamanya golongan muda yang mementingkan rekaan sporty serta talaan prestasi yang lebih baik.
Di Malaysia misalnya, ubah suai kenderaan adalah perkara yang hampir pasti dilakukan untuk setiap kenderaan baharu yang dibeli terutamanya dari segi kit badan, rim sport, ekzos dan sebagainya bagi mencari kelainan serta kepuasan.
Proton sebelum ini juga telah mengkomersialkan model Satria Neo R3 dengan tawaran prestasi dan rekaan yang lebih menarik daripada model standard dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
Dengan mengkomersialkan R3, Proton dilihat mampu meningkatkan perolehannya dalam segmen selepas jualan dengan menawarkan pelbagai pakej aksesori untuk setiap modelnya di pasaran.
Dari segi kualiti yang mampu diberikan oleh R3, ramai yang sudah maklum dengan keupayaan unit berkenaan membangunkan kereta sport terbaik sehingga membantu Satria Neo memenangi kejuaraan dalam APRC sebelum ini.
Keupayaan dan ketahanan sudah dibuktikan dalam sukan rali berkenaan dan kini merupakan masa yang sangat sesuai untuk Proton menggunakan kesempatan kekukuhan jenama R3 untuk dikomersialkan secara menyeluruh.

Kereta lutsinar untuk keselamatan

GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi. 

info : kereta anda

Fakta/Konsep:-
1) Lebih cepat anda rev enjin kereta, lebih cepat pula udara memasuki "air intake"

2) Takat kritikal untuk udara melalui air intake ialah pada kelajuan melebihi 650 kaki per saat. Takat ini di mana lebih kuasa diperlukan untuk mengasak udara memasuki air intake berbanding kuasa yg didapati dgn pembakaran di chamber. Oleh itu, kelajuan intake maksimum sebanyak 650 kaki per saat mampu menghasilkan kuasa tertinggi pada julat rpm di antara 4,000 ke 8,500.

3) Enjin F1 yg mempunyai 3000 cc intake valve seluas 32 inci mampu menghasilkan 720 hp 

4) Enjin racing 7000 cc dgn intake valve seluas 28 inci hanya mampu menghasilkan kuasa sebanyak 600 hp

5) Enjin F1 tadi perlu berputar sebanyak 13,500 rpm untuk menghasilkan kuasa maksimum - 720 hp manakala enjin racing pula hanya 6,800 untuk kuasa maksimum sebanyak 600 hp.

Mari kita lihat perbandingan secara satu silinder - katakan satu silinder dgn keluasan intake valve 1 inci persegi. Pada 5,000 rpm piston akan menggerakkan udara melalui intake valve pada kelajuan 650 kaki sesaat.

1) Sekiranya saya rev dgn lebih cepat, saya tidak akan mampu menambahkan kuasa enjin sebab ianya telah mengambil terlalu banyak kuasa untuk menyedut udara melalui intake valve , iaitu dgn kelajuan 650 kaki sesaat! (sebab itu bila kita tengok spec. enjin, ada ditulis sperti: 150 hp @ 6,500 rpm - maknanya, @ 6.500 rpm kelajuan air intake dh cecah max - 650 kaki sesaat, sekiranya rev melebihi 6,500 rpm sekalipun, kelajuan air intake tetap 650 kaki sesaat juga maka kuasa max tetap 150 hp ataupun akan menurun)

2) Sekiranya saya gandakan keluasan piston (tambah c.c. enjin), maka kelajuan udara akan melalui intake valve ialah tetap pada 650 kaki sesaat tetapi pada rpm cuma 2,500!

3) Sekiranya saiz intake valve tadi dikekalkan, lebih besar luas piston maka lebih pantas intake speed mencapai 650 kaki sesaat. 

4) Kuasa atau hp akan tetap sama/tidak berubah samada dengan piston kecil pada 5,000 rpm ataupun piston besar pada 2,500 rpm!!

Jadi, KONSEP YG BETUL ialah:-

1) Keluasan kawasan intake valve akan menentukan potensi kuasa keseluruhan 
2) Displacement (cubic centimeters/c.c.) menentukan berapa pantas diperlukan oleh sesebuah enjin untuk mencapai kuasa maksimum

KONSEP YG SALAH:-

Peningkatan kuasa dgn menambah "performance parts" seperti surbo, air filter, cold air intake, pembesaran/kelurusan/kelancaran corong ekzos dan seumpamanya yang tidak melibatkan modifikasi radikal kepada enjin itu sendiri.
 

sumber:

Search This Blog