teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

HAIWAN MELINTAS DI LEBUHRAYA PUNCA KEMALANGAN


Pihak konsesi perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan haiwan yang melintas atau kemalangan berpunca dari sebarang kerosakan fasiliti sepanjang LEBUHRAYA. SILA jangan berlepas tangan !

Langkah yang perlu diambil oleh pengguna yang terlibat dengan kemalangan di LEBUHRAYA :

1) buat report Polis (biasa untuk claim insuran) & (Catat km berapa berlaku kemalangan dan details kemalangan). Pihak polis akan datang untuk menyiasat, mereka akan ambil gambar kereta dsb.
2) pengguna perlu ambil gambar kereta belakang dan depan.
3) ambil & isi borang di Pejabat konsesi yang berhampiran (waktu pejabat).
4) ambil gambar roadtax.
5) dll tambahan dokumen yang perlu disertakan bersama borang aduan/tuntutan. IC, lesen memandu dsb.
6) serah semula borang bersama report polis, beserta dokumen.
7) surat akan dihantar ke alamat pengguna.
8)) jika konsesi berlepas tangan dengan alasan kerana haiwan yg melintas bukan dibawah kuasa mereka, naikkan kes ke mahkamah.

EXORA BUGGY








wiring speaker exora


Kredit : Terima kasih kepada owner yang berkongsi gambar wiring speaker exora

Proton Iriz R5


Berita berkenaan Mellors Elliot Motorsport (MEM) membina jentera rali R5 menggunakan Proton Iriz pada tahun 2016benar-benar mengundang sensasi. Saya sendiri sebagai peminat perlumbaan dalam disiplin rali sudah tentu sangat teruja ketika menaip artikel berkenaan teaser yang terbit dari laman facebook MEM ketika itu.
Tambahan pula MEM bukanlah nama asing jika anda mengikuti perkembangan sejarah sukan permotoran Proton. Ini kerana firma pembina kereta lumba berkenaan telah lama bergandingan dengan Proton, bukan sahaja membina jentera Satria Neo S2000 yang telah menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik (FIA APRC) pada tahun 2001, malah mereka juga bertanggungjawab menyediakan Proton PERT Evo VI untuk Karamjit Singh bagi bergelar juara WRC dalam kategori produksi (PWRC) pada tahun 2002.
Kerana jarak yang begitu jauh antara ibu pejabat MEM di Bakewell, UK dan Malaysia, berita yang kami sampaikan lazimnya bersumberkan laman facebook dan laman sesawang rasmi mereka. MEM sendiri juga pernah mengutus emel kepada kami bagi menghargai apa yang kami lakukan dengan melaporkan perkembangan jentera Iriz R5 tersebut dan menyebarkannya untuk peminat di Malaysia.
Namun peluang keemasan tiba pada bulan lalu setelah diberitahu bahawa prinsipal dan pemilik pasukan MEM, Chris Mellors datang ke Malaysia untuk berberapa urusan. Tanpa berlengah, satu sesi temu ramah telah berjaya kami aturkan, bagi mendengar sendiri segalanya berkenaan Proton Iriz R5 berkenaan dari mulut Chris sendiri, terutamanya mengapa mereka masih menggunakan Proton sebagai jentara rali sedangkan ia tidak lagi dijual di UK seperti Satria Neo dahulu.
Bagi membuka cerita bagaimana projek Iriz R5 ini, Chris mendedahkan bahawa selepas Proton melancarkan hatchback segmen-B berkenaan pada tahun 2014, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu masih pengerusi Proton mula menghubungi Chris semula dan bertanya adakah Iriz ini sesuai untuk dijadikan kereta rali. Ya benar, semuanya bermula dari Tun sendiri!
Kemudian MEM memeriksa sendiri Iriz berkenaan adakah kereta tersebut sesuai dijadikan jentera rali R5 atau tidak. Menurut Chris, memang benar semua kereta boleh ditransformasikan kepada kereta rali, tetapi untuk menghasilkan sebuah kereta rali yang kompetitif menurut undang-undang R5, platform kereta berkenaan haruslah sangat baik.
Ini kerana, secara asasnya walaupun bahagian belakang kereta berkenaan boleh diubahsuai menggunakan gandar belakang untuk sistem 4WD (kesemua jentera R5 seperti Ford Fiesta dan Skoda Fabia menggunakan gandar yang sama, diluluskan oleh FIA sendiri) dan juga sistem suspensi bebas bagi menggantikan torsion beam asal, tetapi geometri dan juga kedudukan cagak untuk suspensi hadapan hampir tidak boleh diubahsuai.
Jika suspensi hadapan dari model produksi tidak benar-benar bagus, ia akan menjejaskan dinamik dan kesimbangan suspensi belakang untuk kereta rali R5 yang siap nanti. Faktor ini adalah kelebihan kepada Iriz, kerana ia sememangnya dihasilkan dengan suspensi hadapan yang benar-benar bagus menampilkan lengan bawah jenis wishbone sebenar dan bukan hanya jenis boomerang arm seperti kebanyakkan model-model lain dalam pasaran.
Kemudian menurut Chris, Iriz juga mempunyai kelebihan dari segi dimensi. Iriz walaupun sebuah kereta yang pendek, ia mempunyai jarak roda yang cukup jauh dan hampir menyamai jarak roda Volkswagen Golf Mk6. Dengan jarak roda dan juntaian hadapan dan belakang yang pendek, ia secara tidak langsung memberikan kestabilan yang cukup baik kepada Iriz terutamanya sebagai sebuah kereta rali.
Dengan gabungan suspensi hadapan yang begitu baik dan juga dimensi jarak roda dan juntaian yang sempurna, Iriz R5 ini disifatkan Chris mempunyai karekter pengendalian seakan go-kart dan sentiasa stabil ketika dibelasah mengambil selekoh dengan agresif serta ketika melompat dan mendarat semula ke permukaan tanah – faktor ini juga menurut Chris membuatkan juara WRC dua kali Marcus Grönholm terkejut ketika menguji Iriz R5 pada tahun 2017.
Sambung Chris lagi, kelebihan Iriz sebagai sebuah kereta rali adalah rekaan hadapannya seolah-olah memang direka untuk sistem penyejukkan sebuah kereta lumba. Chris menjelaskan bahawa menurut regulasi FIA, mereka tidak boleh melakukan banyak pengubahsuaian pada bahagian hadapan untuk mendapatkan aliran udara terbaik.
Dan Iriz tidak mengecewakan kerana dengan ‘mulut’ yang begitu besar pada bampar (model pre-facelift) dan juga hidung yang agak tinggi, membolehkan Iriz R5 ini diberikan unit intercooler paling besar berbanding jentera R5 lain!
Jadi dengan semua kelebihan yang ada pada Iriz berkenaan, projek menghasilkan jentera R5 dari hatchback dari Tanjong Malim tersebut bermula pada tahun 2016. Menurut Chris lagi, Iriz juga mempunyai daya penariknya tersendiri. Tidak seperti Ford Fiesta, Skoda Fabia atau Volkswagen Polo yang begitu banyak di Eropah, kemunculan Iriz dalam dunia rali R5 di benua itu mengundang sensasi yang cukup unik kerana ramai yang tidak pernah melihat model produksi sebenar kereta tersebut.
Jadi apabila Iriz R5 ini membuat penampilan, ramai yang bertanya “apa jenama kereta berkenaan?” dan “dari mana datang jenama Proton ini?” Secara tidak langsung publisiti itu sendiri datang kepada pasukan MEM.
Soalan paling popular, kenapa Iriz R5 ini diberikan enjin 4B11T yang dikecilkan kepada 1.6 liter dan tidak sahaja terus menggunakan enjin Campro S4PH 1.6 liter Proton? Jawapan dari Chris agak menarik dan membuka mata, tetapi anda perlu bersabar dahulu kerana akan saya sambung pada artikel seterusnya.
Sebelum tu, sekarang jelas kenapa Iriz R5 ini begitu cemerlang dalam setiap rali yang disertainya? Dan jelas juga kenapa model produksi Iriz mempunyai pengendalian yang cukup baik berbanding pesaingnya?

X50 vs HRV



SUV Terbaru Proton X50 dikatakan akan dilancarkan pada tahun ni dengan harga bermula dari 75k hingga 95k .











BENGKEL / POMEN KERETA MELAYU SELURUH MALAYSIA

#Network_Workshop_Malaysia
#Viralworkshop

As'kum,... kpd pengguna2 kenderaan.,
Kami Networks Workshop Malaysia.. Berbesar hati membantu sebarang kemungkinan terhadap kenderaan tuan/puan...ini sebahagian nombor telefon mekanik  disekitar anda. Nombor yg tertera di bawah adalah sebahagian rakan2
#NetworksWorkshopMalaysia ...
Mempunyai 5++ member pomen, Workshops
Ini merupakan nombor Pomen/workshop yg berdekatan dgn anda...

https://www.facebook.com/Automotif-World-Any-Issues-1253069258186524/

PERAK Area
○01139529597 WS Farid Chemor
○0123819048 WS Din Ipoh
○0147586331  Syed Mukhzin Ipoh
○0183736012 WS Norazmin Ipoh
○0172519644 WS APR Iskandar Ipoh
○0175585754 Fadzlan Mfexpertauto Ipoh
○0124385392 WS Rizma Jln Kk Ipoh
○0125634071 WS SA AUTO GARAGE Kampar
○0175162723 WS Yusri PG5 Garage Tasik
○0195141140 WS UltraWorks Meru
○0175536469/0107079880 Ws Chot Tg Rambutan
○0185731845 WS Amin Taiping
○0196186189 Amir Auto Gerik
○0134001553 WS & Tow Fadzil Gerik
○0129155715 Helmi Behrang Station
○0124819834 WS Angah Amir Manjung
○0174774215 WS Zamirul P. Buntar
○0124161400 WS Halim UZ VENTURE P. Buntar
○0173966136 WS Haris T. Intan
○01133886350 WS Syabri SND T. Intan
○0134716328/0122537561Tow @ WS Mie Teluk Intan
○0195582779 WS Amin Bagan Dato
○0132100086 AMAT SPEED Motorsports Langkap
○0135905588 WS Joe Tg Piandang

KEDAH area
○01111286380 Det Jitra
○0134191074 WS Yes Jitra
○0175520869 WS Sham Jitra
○0174707693 WS Din Toys Garage Kepala Batas
○0134664282 WS Zukrie Sp
○0193767791 WS Muzir SP
○01140381111 WS Farid SanGarage SP
○01110815020 Fm Ambri SP
○0135984401 WS & Tyr Wan SP
○0104607065 WS Asrul Overhaulin Yard SP Utara
○0174198009 WS Eddy Proton Campro Garage SP
○0137777244 WS Apit Euro Assyst Sg Lalang SP
○0195675589 WS Zainudin Auto Baling
○0122919150 WS ZRS Zainul Kulim
○0174541766 WS Faiz Kulim
○0143687805 WS Faizal FM Auto Kulim
○0195557354 WS Farid bke Garage Kulim
○0194109689 Ws Jan Auto Pendang
○0124021454 Cg Lie P. Langkawi
○0135250022 WS Botak P. Langkawi

PERLIS area
○0174219295 WS Dira Klinik Kereta Behor
○01124005708 B&Paint Harun Behor
○0175414616 WS Hanil BTP Auto ILP
○0134885582 Ws Aircon Din Shafaz Kangar
○0174336674 B&Paint Yon K. Perlis
○0124997103 WS Ijan Welder Arau
○0194745877 WS Zamri Kg Pida 3 Arau
○ 0194505544 WS Rahman P. Melangit
○ 0125820159 WS Win Auto Pdg Siding
○0125597020 B&Paint Umar AA Maju Abi K. Badak
○0175600446 B&Paint Nasir Tadop Jln Sg Baru

PULAU PINANG area
○01121522640 WS Mail Seberang Jaya
○0134128399 WS Afal Izi
○0124452580 Fat Speed Auto butterworth
○0125976320 WS Paktam Bayam Lepas
○0124161400 WS & Tow Halim N.Tebal
○0124648404 WS Abd Aziz Kepala Batas
○0125715177 WS Kagum Moto Kepala Batas
○0192022255 WS Angah PAD PRO GARAGE Sg Dua

SELANGOR & KL area
○0125333585 WS jinjang
○0139173003 WS Brit Euro Zam Batu Caves
○0173917938 WS Shuhaimi K.One Danau Kota
○0182777375 WS Along D. Malawati
○0196000234 Faris Sg Buluh
○0197561055 Aidil Ishak Sg Buluh
○0123286760 WS Zubir Gombak
○0176807194 WS Nashra Gombak
○0179247767 WS Luncai Autopart & Garage Gombak
○01121344184 WS AR Man Auto Care Ampang
○0179045053 WS Korie Sg pongsu
○01111883411 WS Wak Nahar Sepang
○0129725634 WS Awang Sepang
○0129525415 WS Jeembo Garage Bangi
○0139434312 WS Fazli Auto Garage Bangi
○0193682115 WS Hazmir Global Wheels Kajang Utama
○0173919278 WS Aan Garage Balakong
○01152916078 Es Adeean Damansara
○0146664216 Towing Naz Damansara
○0108666535 WS Amad Stage Ttdi
○0127247080 WS Mizi Green Zone TTDi
○0173275597 Ws Apong 88 Hulu Kelang
○0104019999 WS Budiman Sri Andalas
○0174349501 WS Che Pa Kajang
○01110284679 WS Pokok Ceri Pj
○0132702655 WS Key M. Kamal Pj
○01133027954 WS Fadzli FD Auto Garage Pjs3 Pj
○0182777027 Tam Turbo Motorsports Kg Subang
○0192219598 WS Ijan Puncak Alam
○0196429611 WS Addy Sri Muda
○0173194653 WS Azam Bukit Beruntung
○0169759207 WS Armizan Rawang
○0183728552 WS Firdaus Rawang
○0133216692 WS Eazni Jenjarom
○0193079490 WS Jaz Bukit Jalil
○01121995186 WS Zul Puncak Jalil
○0178248128 WS Zulkfli BobZul Puncak Jalil
○0127177861 Aris Garage P. Perdana Puchong
○01121995186 Zul Cool infinity Puchong
○0189897935 WS FZ AUTO PROSERVIS  Puchong
○0177277613 AR 8 AUTO Service Puchong
○0172653390 Firdaus Pandan Indah
○0122157746 WS Padil Banting
○0172952514 WS Suhairi Kelang
○0126315689 WS AEA Motorsport  Kelang
○01112550379 Ws Yunus GMW Kelang
○0126723669 WS Rasyid Rantau Kelang
○01110085989 WS Hj WAN Din Tlk P. Garang
○0122325274 WS Azmi Autocare T.Karang
○0178877915 WS Hasim SSG T. Karang
○0193483529 SYAFIQ WORKSHOP Sg. Besar

NEGERI SEMBILAN area
○0126588732 BKH Hairol Senawang
○0173857906 Faiz Senawang
○0178710080 WS Ijan BMG Senawang
○0167134236 WS Zam ANS Seremban
○0162223626 Tow Firdaus KNH Seremban
○0126598567 WS Wan PTA Autocare S2
○0172640107 WS Aiman ESC Garage S2
○ 0173983760 WS Nizam KF Autowerks
○0178884644 Aishy Auto Garage Nilai
○0193191459 WS Fauzan PD
○0182711890 WS Fadzly Lee Pd

JOHOR area
○0137676375 Najib Ulu Tiram
○0137025458 ws Fazil Ulu Tiram
○0177943787 Saiful Batu Pahat
○0176665501 Tow & WS Mani Muar
○0197816860 WS Samri Muar
○0187751998 WS ND P. Nenas Pontian
○01110617317 WS Razak Desa Jaya JB
○0127482638 WS Yasin Sri Pandan JB
○0177390139 WS Kamarul kg Melayu JB
○0167565504 WS Adam Autoworks  Kempas
○0122824689 WS Ismail BayanGarage Masai

MELAKA area
○0173177367 Faizal@apek B.Berendam
○0132405465 WS Din Auto T.ChengBistari
○0196215951 Mohd Aidil Masjid Tanah
○0133210674 WS Arif Halpa Sg Udang
○01123696007 WS Iskandar Air Molek
○0176121597 WS Raje Pangkalan Balak
○01110133170 WS Pejal MAF Garage Masjid Tanah
○0143329861 WS Ira Ari Autowork A'Gajah
○ 0196581622 WS Automatif Specialist IKS Duyong
○019 6679769 WS Arie Auto Svc IKS Duyong

PAHANG area
○0192514942 WS Ashwan Pekan
○0164886603 Mz SVC & tyre Wheel Kuantan
○0132885513 WS Wan M.Warisan Kuantan

TERANGGANU area
○0148282363 AmadBing Garage
○0126659612 WS Mm Garage Manir KT
○0192112920 WS EKONG Rusydan KT
○0139544372 MRCAUTO Garage K.Nerus
○0179478884 Pok Dik Besut
○0148220439 WS Sepadu Kg Raja Besut
○0199849204 WS@Tyr Khairul Kemaman
○0199813910 WS Fieada AUTO Kijal Kemaman
○ 0199884135 WS I Garage Paka

KELANTAN area
○01112979425 ws Husaini P. Mas
○0179324332 Arie AMZ garage P. Mas
○0199092535 OZ Auto Servis R. Panjang
○0199846332 Poksu Li Machang
○0148261049 WS Apis Garage Machang
○0139562303 WS OLAN AUTO SERVIS P. Condong
○0123003664 Azmi Tanah Merah
○01125543034 WS Azrol AZ YOE GARAGE T. Merah
○0182274350 WS Luqman kodok ketereh
○0199032020 Wan Pasir Putih
○0148290084 boy Koyoto Pasir Putih
○01126797857 WS Noris Kuala Krai
○010189049328 WS Noris Kuala Krai
○01125733500 WS hazarul G Musang
○0139129386 WS bob Ciku G Musang
○0199774779 WS Alif Gani KB
○0199167839 WS Mie Kg Pauh Jln Pcb Kb
○01139898362 WS KAS AUTO Wkf Che Yeh

Serawak
○01112008677 WS Azama Miri
○0198835567 WS Din Monster Kucing
○0164587699 WS Yoyo kucing
○0163044482 WS Lan SD Automoto Kucing

Special List Service
0199444341 WAN Locksmith Batu Cave
0186937054 Kunci Kraf Hafis Masterkey Subang
0199082887 Bateri Jauzan K. Terengganu

Pic Admin
0125333585  
Workshop nak join tolong pm WhatApp admin please
#NetworksWorkshopMalaysia
#kenderaanbreakdown
#Pomen
#mekanik
#mekaniknearme
#workshops
#bengkelkereta
#automotif

punca lampu reverse tidak menyala


sila tukar part ni : REVERSE LIGHT SWICTH



untuk menguji boleh cuba cara ini

Baiki lampu brek exora yang malap







#terima kasih pada saudara yang kongsi cara² betulkan lampu brek exora yang malap

Cara mudah tanggalkan sticker roadtax pada cermin kereta



Jom, cuba cara mudah ini bagaimana nak tanggalkan “Road Tax” kenderaan tanpa sebarang kesan hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja.

Bahan-Bahan:
Air panas
Kain

1. Rendam kain dengan air panas.

2. Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.

3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.

5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan. / selamat mencuba 


#terima kasih kepada yang kongsi petua ini.

Search This Blog