teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

MPV terbaru proton



Tanpa Logo Geely, mungkin ramai yang berpendapat, rekaan keseluruhan kereta ini lebih cenderung kepada Eropah berbanding Asia.

Model ini juga adalah satu daripada tiga varian yang akan dilesenkan kepada Proton untuk pemanduan sebelah kanan.

Sebagai MPV 7 tempat duduk pertama Geely, Jiaji mempunyai saiz 4,706 mm X 1,909 mm X 1,664 mm dan jarak roda 2,805 mm. Saiz ini menghampiri konfigurasi sebuah Toyota Estima, ia jauh lebih besar dan lebar dari Proton Exora sekarang.

Geely Jiaji didatangkan dengan konsep reka bentuk keluarga terbaru Geely yang dikenali sebagai “Time Racing Aesthetics”,

Ia direka dengan kombinasi teknologi terkini. Lampu belakang dan hadapan yang terdiri daripada jalur LED yang membuatkannya tampak eksklusif.

Rekabentuk dua warna rim 18-inci menyuntikkan elemen bergaya ke dalam kereta keluarga.

Di bahagian enjin, menurut maklumat yang dilaporkan sebelum ini oleh Geely kepada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Jiaji  baru akan mempunyai dua konfigurasi enjin, iaitu enjin turbocharged tiga silinder 1.5L dari Volvo, dengan daya kuda maksimum 177 hp.

Satu lagi konfigurasi kuasa ialah enjin turbocharged tiga silinder 1.5L ditambah sistem hibrid plug-in dengan penggunaan bahan api gabungan sebanyak 1.7L / 100km.

Mengikut maklumat yang kami dapati sebelum ini, Geely Jiaji akan sampai ke Malaysia untuk menjadi model MPV Proton baru. Disebabkan saiz dan teknologi yang dimiliki, ia seharusnya lebih tinggi daripada Exora.


Dan jika dilihat secara keseluruhan, “permainan” Proton baru ini juga nampak sudah berbeza. Mungkin mereka tidak lagi mahu dikenali sebagai pengeluar kereta mampu milik semata-mata.

Lihat sahaja pada Proton X70. Senang kata, Proton tak Nampak Perodua pun sebagai pesaing mereka. Mereka Nampak, Honda, Toyota dan pemain utama dunia.





spec dan kelebihan SUV proton (2)


Tempahan Proton boyue telah di buka. harga anggaran antara rm89k - rm1xxk..

Antara perkara menarik SUV pertama Proton
- 1.8 liter turbo (TGDI) automatik 6 kelajuan
- bumbung suria ( panoramic roof )
- upholsteri dalaman dengan tempat duduk dibaluti kulit berwarna perang
- sistem pemantau titik buta (blind spot)
- brek kecemasan automatik (AEB)
- cruise control adaptif
- amaran keluar laluan
- lampu tinggi automatik
- pembersih udara pintar
- sistem pemantau angin tayar
- kamera 360-darjah
- sistem infotaimen bersama skrin sesentuh 8 inci lengkap dengan hubungan internet 4G dan juga aplikasi mudah alih serta fungsi kawalan jauh menerusi telefon pintar.

- Fasa 1 (versi diimport sepenuhnya (CBU) )
- Fasa 2 (2019) ( versi CKD ( lebih kpd identiti Proton dari segi rekabentuk luaran dan juga dalaman dijangka mempunyai pilihan enjin 1.5 liter TGDI dengan transmisi dwi-klac)












Spec dan kelebihan SUV proton



New Proton SUV engine:

1.8 Liter TDGI

JLE-4G18TD ENGINE

1.8L,
4- Cylinder,
TurboCharged Direct Injection Gasoline Engine,
The advance technologies inlcude GDI,
Exhaust Turbo Charging,
Dual VVT,
Double Balance Shift,
Silent Chain Drive,
Sodium Infill Valves,
It has low Fuel Consumptiom,
High Power and Execellent NVH Performance

“Proton SUV Engine is the Top 10 Best Engine in China Year 2015”

Displacement (L) - 1799

Rated Power  (kW/r/min) - 135/5500

Rated Torque (Nm/r/min)  - 300/1500 - 4000

Emission - Euro V



#SUV proton akan berada di pasaran Oktober 2018


PENYERAP HENTAK - CARA MENGUJI SAMA ADA PERLU DIGANTI ATAU TIDAK



PENYERAP HENTAK - CARA MENGUJI SAMA ADA PERLU DIGANTI ATAU TIDAK

Penyerap hentak atau peredam (shock absorber atau damper) merupakan komponen penting dalam sistem gantungan kenderaan. Walaupun ia dinamakan sebegitu rupa, ia bukanlah komponen yang menyerap hentakan.

Bagaimana kita dapat mengesan fenomena ini?

Di dalam makmal terdapat mesin ujian khas yang dapat mensimulasi pergerakan syaf penyerap hentak pada halaju berbeza-beza sambil daya peredaman direkodkan pada setiap ketika.

Data yang diambil dapat memberikan gambaran prestasi komponen ini secara komprehensif. Namun jika anda bukan pembuat kereta atau syarikat pembekal penyerap hentak, tidak ramai yang mempunyai akses kepada mesin ujian khas ini.

Editor teknikal Careta, Syammim Noori Arifin kongsikan beberapa cara yang anda mungkin boleh lakukan sendiri.

Bagaimana kita dapat mengesan fenomena ini?

Di dalam makmal terdapat mesin ujian khas yang dapat mensimulasi pergerakan syaf penyerap hentak pada halaju berbeza-beza sambil daya peredaman direkodkan pada setiap ketika.

Data yang diambil dapat memberikan gambaran prestasi komponen ini secara komprehensif. Namun jika anda bukan pembuat kereta atau syarikat pembekal penyerap hentak, tidak ramai yang mempunyai akses kepada mesin ujian khas ini.

Editor teknikal Careta, Syammim Noori Arifin kongsikan beberapa cara yang anda mungkin boleh lakukan sendiri.

= SECARA VISUAL =
Penyerap hentak yang mengalami kebocoran.    

 Kita boleh mengesan tanda-tanda kebocoran minyak penyerap hentak pada badan komponen ini.

Perhatikan tanda-tanda "basah" pada bahagian tiub dan syaf penyerap hentak yang merupakan tanda minyak hidraulik sudah bocor dari pelapik getah di bahagian ini.

Namun begitu, sekarang ini sudah ada penyerap hentak mempunyai alas habuk yang menyukarkan kita untuk melihat terus bahagian syaf dan tiub penyerap hentak.

Dalam hal ini, cuba selak sedikit alas habuk tersebut dan perhatikan tanda-tanda minyak bocor.  

Cara seterusnya ialah ujian "tekanan" yang memerlukan kita menekan kenderaan kita pada bahagian bucu. Mungkin praktikal kalau kereta kita kecil, tapi kalau bucu kereta kita pun sudah mencapai paras pinggang, ini tidak mudah dilakukan.

Apa pun, cuba henyak atau tekan dengan berat badan anda pada bucu kereta dan lepaskan.

Jika pergerakan badan kenderaan kembali ke keadaan pegun secara cepat tanpa berayun-ayun, ia bermakna penyerap hentak masih berfungsi.

Jika kenderaan anda naik dan turun beberapa kali seperti bot kecil dilanda ombak, penyerap hentak anda sudah pun meninggal dunia.  

 Seterusnya adalah kaedah yang lebih "dinamik" melibatkan kita memandu untuk menentukan prestasi penyerap hentak.

Masalah utama dengan kaedah ini adalah kerana sebagai pemandu kita akan mengadaptasi pemanduan kita dengan prestasi penyerap hentak yang semakin berkurang.

Jadi mungkin kita tidak akan sedar yang kereta kita semakin lama semakin "longgar" dari segi kawalan badan (contoh sewaktu membelok atau menukar lorong) dan kawalan roda (sewaktu melanggar lopak atau garisan kuning).

Untuk menggunakan kaedah "dinamik" ini, kita harus ingat kembali tindak balas kereta sewaktu kita menjalankan kaedah pandu uji sewaktu penyerap hentak masih dalam keadaan segar (samada ketika kereta masih baru dibeli atau penyerap hentak baru diganti dengan set baharu).

KAEDAH PERTAMA
ialah dengan memandu kereta di atas bonggol halaju bersaiz sederhana (bukan yang kecil seperti di kawasan parkir bangunan, atau yang terlalu besar seperti di Putrajaya) - cukup lebar untuk di pandu sekadar 20-30 kmsj (pandu pada halaju malar, tanpa memecut atau membrek di atas bonggol) yang akan menyebabkan badan kenderaan mengayun secara tegak.

Penyerap hentak yang berfungsi baik akan "menyerap" pergerakan badan kereta secara cepat tanpa berayun-ayun.

Jika bahagian belakang anda terhentak dengan kasar, ia juga bermaksud penyerap hentak dan spring juga sudah habis tempoh hayat dan kenderaan anda mengalami "bottom out".

 Kaedah kedua ialah dengan memandu di jalan yang lebar dan mensimulasi pergerakan menukar lorong separa cepat.

KAEDAH KEDUA
ini agak sukar dilakukan kerana ia memerlukan ketajaman persepsi pemandu dan skil pemanduan dari segi kepersisan (precision) dan kejituan (accuracy) kawalan halaju dan steering setiap kali panduan uji ini diulang pandu. Ia juga lebih merbahaya jika dilakukan di tempat yang tidak sesuai (jalan raya yang sibuk, atau permukaan yang tidak konsisten).

Pandu pada kelajuan malar 60 kmsj dan tukar lorong secara separa cepat (seolah-olah memotong kenderaan yang bergerak sedikit perlahan dari anda) dan sambung pemanduan lurus di lorong sebelah.

Sewaktu pergerakan ini dilakukan, tumpukan persepsi anda pada kadar olengan gandar hadapan dan belakang, dan jika ekor kereta terasa seperti membuang keluar.

Apabila kereta kembali dipandu lurus, pastikan pergerakan olengan badan kereta dan daya sisi pada ekor kereta kembali pegun secara cepat.

Jika kenderaan mengoleng pada kadar yang terlalu cepat (seolah-olah bucu hadapan atau belakang kereta "menjunam" ke bawah) atau ekor kereta membuang keluar, ini memberi petanda penyerap hentak tidak berfungsi secara optimum.

Apa pun, adalah penting kaedah ini dilakukan dengan mengambilkira memori anda sewaktu penyerap hentak masih berkeadaan baik untuk perbandingan yang lebih tepat.

Juga diingatkan kaedah ini juga memerlukan komponen-komponen gantungan yang lain tidak berubah (spring, jenis model dan tekanan tayar, berat kenderaan dan sebagainya kekal pada tahap yang sama).

Untuk model-model kenderaan terkini, prestasi luaran penyerap hentak boleh tahan lebih dari 100,000km namun prestasi sebenar akan bergantung kepada jenis pemanduan dan kekasaran permukaan jalan.

Lebih lasak dan kasar, lebih cepat penyerap hentak hilang fungsinya.  Jadi, rajin-rajinlah memeriksa prestasi komponen penting ini dari masa ke semasa.

Tidak kira kaedah mana yang anda pilih, pastikan keselamatan sentiasa diutamakan.   *Pihak Careta tidak bertanggung-jawab di atas sebarang kecederaan atau kemalangan diakibatkan dari ujian anda sendiri.

Dalam apa jua keadaan, keselamatan mesti didahulukan.

Untuk mengenali Syammim, baca artikel mengenai pakar pengendalian negara yang dahulu bertugas di Proton dan kini bekerja untuk Magna Steyr (antara konsultan automotif terbaik di dunia) dalam artikel ini.

Artikel lain oleh Syammim ialah Camber Bolt - patut ditukar atau dongeng kedai  

SUMBER DIPETIK DARI
➡ Careta.my
➡ Gambar 2 hingga 4 diambil dari Careta.my





PENIPUAN STESEN MINYAK



السلام عليكم 
Salam kpd semua exorian.
Saya baru guna eb tak sampai pun sebulan.td saya ke stesen minyak Caltex nak isi minyak dan ketika itu minyak ada baki lagi 2 bar dlm tangki dan range lbh kurang 1++ km lagi boleh jalan.kemudian saya isi minyak penuh sampai meter pam minyak tu tunjuk ke 55.268L bersamaan Rm 121.59.

Kat sini saya rasa mcm pelik tangki EB berkapasiti 55L tapi isian saya mcm tak kena dengan baki minyak yg tinggal 2 bar???
Mintak pandangan otai² yg berpengalaman.

##Tangki minyak exora 55 Liter ( isian penuh )
#info group exora 

KEMALANGAN ( TIP YANG BERGUNA )

MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta.
Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

"Saya nak towing saje.."
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,

"Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.

SHARE artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!

MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN

P/s: ✋😃
# terima kasih kepada group exora yang sudi kongsi tip² penting ini

Proton SUV








Cmoc_001: Boyue, di dtgkn dgn Enjin 1.8 & 2.0 brsama transmisi 4WD, dgn Rims 18 inci, tayar 225/60/18.

Senarai bengkel yang mahir perihal enjin campro


Senarai2 bengkel yg mahir dgn CamPro:

----------------------- (Central Region) ---------------------

1. Dunia Auto Garage
76A-GA, Jalan Pandan Cahaya 2/5, Taman Pandan Cahaya, 68000 Ampang, Selangor (Waze Dunia Auto Enterprise

Contact Person : 0176557186 (Bob Fairuz Zen), 0129444258 (Bro Azam Harrith Aqmal)

2. PTS Auto Mechanic
No. 67 Jalan SS3/29, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Contact Person : 0192152701 (Peter), 0172408885 (Heri)

3. G Car Care
No. 22-1 Jalan Pjs 3/59, Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya Selangor. (Central)

Contact Person : 0166991346 (Ziman), 0162863522 (Amie)

4. Wazi Motorsport
No. 7, Jalan Anggerik Mokara 31/45, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Selangor.

Contact Person : 0196400304 (Cupin)

5. ABR Garage
Seksyen 15, Dataran Otomobil, Shah Alam, Selangor.

Contact Person : 0123944231 (Mr Perrut)

6. DNT Tune
No. 21, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

Contact Person : 0126548794 (Choman)

7. Pro Auto Motorsport
A-011, Vista Shop, Jalan PJU 10/3D, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

Contact Person : 0193832954 (Ady)

8. Krypto Motorsports
No. 8, Jalan Keluli AN/7AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Contact Person : 0166456717, 0333625442 (Shahrir Hisham)

9. BK Motorsport
Batu 9, Cheras

Contact Person : 0126510085 (Busu)

10. Z1Racing
No. 2A, 67 Batu 14, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor.

Contact Person : 0196691051 (Kamal), 0123946518 (Azlan)

11. Dori's Racing
No. 8, Jalan Nilam 1/3, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu 3, 40000 Shah Alam, Selangor.

Contact Person : 0162708995 (Shaiful Nizam)

12. 18+ Garage
No. 11, Jalan PJS 1/32, Jalan Jasa 1, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Contact Person : 0133366022 (Spagh)

13. Zordaq Motorsports
G-01-02, Jalan SM2, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor.

Contact Person : 0356143030 (Office), 0179591868 (Zaki)

14. Zordaq Motorsports Bangi
No. 8, Jalan Bangi Indah 2, Taman Bangi Indah, 43000 Kajang, Selangor.

Contact Person : 0126063426 (Nizwan)

----------------------- (Southern Region) ---------------------

15. Fast Work Garage
No. 24, Jalan Permas 1/2, Bandar Baru Permas Jaya , 81750 Masai, Johor.

Contact Person : 0197701817 (Wan), 0197273320 (Saiful)

16. Zordaq Motorsports JB
No. 8-9, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.

Contact Person: 0167308748 (Farhan)

17. Revtech Motorsports
No. 77, Jalan MP 1, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Contact Person : 0173700173 (Ekhwan)

18. Ajie Autoworks
No. 32, Jalan Seremban Tampin, 70450 Seremban, N9.

Contact Person : 0126219408 (Mohd Rafi)

19. JMS Motorsport
No. 10072, Jalan 1/3L, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, N9.

Contact Person : 0102211719 (Tam), 0196008627 (Botak)

20. Dori's Racing (Melaka),
No. 53, Jalan TU 41, Taman Tasik Utama, 75450 Air Keroh, Melaka.

Contact Person : 0176061332 (Jai)

----------------------- (Nothern Region) ----------------------

21. MZH Utara
Jalan Baling - Kuala Ketil, 93000 Kuala Ketil , Kedah.

Contact Person : 0194329333 (Ady), 0164469771 (Adam)

22. G Car Care
No. 789, Kawasan Perusahaan Ringan Juru, 14000 Jln Tok Kangar Juru, Pulau Pinang. (Northern)

Contact Person : 045023067 (Zura)

----------------------- (East Coast Region) ----------------------

23. Undertree Pro Tuner, Most Wanted Auto Garage
Jalan By Past Kuantan - Pelabuhan, Kuantan Pahang.

Contact Person : 0139562609 (Aspa)

24. Santong Garage / Bengkel Santong,
No. 2, Jalan Paka - Bandar AMBS, Kg. Santong, 23100 Paka, Dungun, Terengganu (8km dr Bandar Paka)

Contact person : 0197566635 (Jaki Jipang)

25. MSA Garage
5023, Kg. Baru Undang, Bukit Payong, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Contact person : 0129883081 / 0139686920 (Sharif)

#info group #proton #club exora
( terima kasih atas maklumat )

Search This Blog