Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
Pemasangan door visor pada kenderaan.
Pemasangan door visor hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi
Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilahtidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards ataumudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis kenderaan.
- Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.
Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mmdari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.
Penukaran kotak gear manual / automatik
- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.
Pemasangan kanopi / kanvas
- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.
Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)
- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
- Winch Bar, Rear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.
Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier
- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
- Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
- Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.