teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

kereta kompak baru proton

Proton dedah spesifikasi dan ciri-ciri model terbaharu PCC

Spyshot Proton Compact Car PCC Proton dedah spesifikasi dan ciri ciri model terbaharu PCC
Sumber gambar di atas dari blog Arena Kereta
Berdasarkan sumber daripada beberapa akhbar harian yang diterbitkan kelmarin, penulis dapati Proton telah mula mendedahkan spesifikasi dan ciri-ciri yang bakal melengkapi model kompak serba baharunya, yang kini dikenali dengan kod nama Proton Compact Car (PCC).
Menurut Proton, PCC akan dilancarkan dalam masa terdekat, merupakan sebuah kereta kompak yang dibangunkan baharu sepenuhnya dan berada di dalam segmen B. PCC dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api, namun ditawarkan pada harga mampu milik.
PCC akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. PCC akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Menurut Proton lagi, enjin PCC dibangun menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekaligus bakal menjadikannya sebagai sebuah model terbaik keluarannya setakat ini. Lebih menarik lagi, enjin VVT pada PCC mampu menawarkan 10 peratus penjimatan berbanding enjin Campro sebelum ini.
Enjin VVT yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan enjin Campro. PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.
Selain itu, PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan Hill Hold Assist, serta telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
Menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, yang memberikan taklimat kepada pihak media baru-baru ini, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton.
Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010.

sumber

perihal tayar : ketahanannya

The side of your tyre, known as the sidewall, contains all the information you will need to know about your tyre. Whether your tyre says "Goodyear" or some other name, all tyres are required to have this information.

Glossary of Terms

Tyre Type defines the proper use of the tyre. “P” means this is a Passenger car tyre. If the tyre had an “LT” then the tyre would be for a Light Truck.
Tyre Width is the width of the tyre measured in millimetres from sidewall to sidewall. This tyre is 215 millimetres.
Aspect Ratio is the ratio of the height of the tyre's cross-section to its width. 65 means that the height is equal to 65% of the tyre's width.
Construction tells you how the tyre was put together. The "R" stands for radial, which means that the body ply cords, which are layers of fabric that make up the body of the tyre, run radially across the tyre from bead to bead. "B" indicates the tyre is of bias construction, meaning that the body ply cords run diagonally across the tyre from bead to bead, with the ply layers alternating in direction to reinforce one another.
Wheel Diameter is the width of the wheel from one end to the other. The diameter of this wheel is 15 inches.
Load Index is a number that corresponds to the maximum load in kilograms that a tyre can support when properly inflated. You will also find the maximum load in pounds and in kilograms moulded elsewhere on the tyre sidewall.
Speed Rating is a number that corresponds to the maximum service speed for a tyre. "H" means that the tyre has a maximum service speed of 210 km/h. Please note that this rating relates only to tyre speed capability, and is NOT a recommendation to exceed legally posted speed limits; always drive within the legal speed limits.
Back to top

Speed Rating Chart

Many Goodyear tyres are available in speed-rated versions to match the speed capabilities of the world's fastest cars. Generally, it is recommended that a speed-rated tyre be replaced with a tyre having an equivalent or greater speed rating.
In situations where tyres having different top speed ratings are mixed on a vehicle, the maximum speed certification is limited to the top speed certification of the tyre with the lowest speed rating. Speed ratings do not indicate how well a tyre handles or corners. They certify the tyre's ability to withstand high speed.
*The Goodyear Tire & Rubber Company does not recommend the use of its products in excess of the legal speed limits
"DOT" means the tyre is compliant with all applicable safety standards established by the U.S. Department of Transportation (DOT). Adjacent to this is a tyre identification or serial number; a combination of numbers and letters with up to 12 digits.
"UTQG" stands for Uniform Tyre Quality Grading, a quality rating system developed by the Department of Transportation (DOT).
Back to top

Tyre Grades: Uniform Tyre Quality Grading System or UTQG

Except for snow tyres, the DOT requires the manufacturers to grade passenger car tyres based on three performance factors: tread wear, traction, and temperature resistance. The UTQG rating of each Goodyear passenger car and light truck tyre is listed in the Car/Light Truck Tyre Catalogue.
Back to top

Tread Wear

  • More Than 100 - Better
  • 100 - Baseline
  • Less Than 100 - Poorer
The tread wear grade is a comparative rating based on the wear rate of the tyre when tested under controlled conditions on a specified government test track. A tyre graded 200 would wear twice as long on the government test track as one graded 100. Your actual tyre mileage depends upon the conditions of their use and may vary due to driving habits, service practices, differences in road characteristics and climate. Note: Tread wear grades are valid only for comparisons within a manufacturer's product line. They are not valid for comparisons between manufacturers.
Back to top

Traction

  • A - Best
  • B - Intermediate
  • C - Acceptable
Traction grades represent the tyre's ability to stop on wet pavement as measured under controlled conditions on specified government test surfaces of asphalt and concrete. The Traction grade is based upon "straight ahead" braking tests; it does not indicate cornering ability.
Back to top

Temperature

  • A - Best
  • B - Intermediate
  • C - Acceptable
The temperature grades represent the tyre's resistance to the generation of heat when tested under controlled conditions on a specified indoor laboratory test wheel. Sustained high temperatures can cause the materials of the tyre to degenerate and thus reduce tyre life. Excessive temperatures can lead to tyre failure.

Aidilfitri 2014 teamexora

Benelli ekzosnya dua,
Agusta F4 empatlah pula,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidilfitri yang mulia.

Akrapovic bunyinya lantang,
Tapi tak setanding termignoni,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa ditinggal wajarlah ganti.

BMW HP4 seindah rupa,
Hebat lagi kuasa kudanya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya

Superbike banyak jenisnya,
Ducati n benelli jugak yg pompuan suka,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.

Side mirror indah ditenung,
Bagi bikers yg tahap skema,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.

Aprillia RSV4 memanglah hebat,
Hendak wheelie memang tak kuat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai msg pun kira ok what?

Rabbit comel dan garang juga,
Sesuai untuk yg masih muda,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya !!

Andai kata Disepanjang Persahabatan Kita ada terkasar bahasa,segala makan minum,umpat2 blkg,harap dihalal & dimaafkan..
SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..vroomvroom

info highway untuk kita ketahui

Tolong simpan maklumat inI.....Jika memandu di lebuhraya, kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan, tahukah anda kita boleh claim dengan pihak PLUS? Ini adalah kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan. Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:

1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)

2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus.

4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.

5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.

6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.

7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar.

Moga bermanfaat. Msg dari member yg kerja dgn syarikat insuran.

Kisah Aku Dan Pusat Servis Perodua (PSP)

Kisah Aku Dan Pusat Servis Perodua (PSP)
Cerita ini bukan rekaan. Ini kisah benar yg aku lalui bersama pusat servis perodua (PSP) sepanjang 5/5/2014 hingga 10/5/2014. Cerita ni jgk bukan nk minta simpati atau nk meraih perhatian umum. Sekadar nk berkongsi pengalaman baru yg bagi aku sgt bermanfaat - terutamanya kpd wanita2 diluar sana yg xde ilmu psl kereta dan parts
5/5/2014 - 11:50am
Depan KFC area pekan hutan melintang - kereta aku suddenly bergegar. Bergegar mcm enjin nk tercabut. Actually ms aku setelkn urusan di teluk intan lg kereta aku dah ada sound pelik bhgian kiri...bunyi mcm tayar berjalan atas jln kesat. Bila aku tekan minyak pun mcm berat jer..Aku dah xsedap hati. Aku plan lepas setel semua urusan mmg aku nk drive terus ke PSP utk cek kereta aku. Tp malang sgt2 sbb smp kt hutan melintang jer kereta dh jammed! Dlm hati Allah jelah yg tahu mse kereta tu bgegar2 mcm nk 'roboh'..Aku stop the car. Lpas tu ada dua org brader tolg tolak kereta ke tepi.. Bila aku start enjin, kereta hidup normal... Tp bila masuk gear nk jln kereta aku berjoget balik...Mmg mase tu panik tak igt...Rase runtun jiwa tgk cik pearl aku (gelaran utk kereta aku) buat hal mcm tu...:'(:'(:'( So sad hokay.
At last aku pun towing kereta aku ke PSP.
Staff perodua buat check up kt cik pearl. Kereta x masuk PSP pun lagi..Dorg buat check up kat tepi jln jer. Dorg cek & cek & cek lg. Pukul 4 diorg panggil aku utk tgk kereta. Dorg ckp ng aku: "gearbox jatuh kak. Tak boleh pakai ni. Tp kitorg kena cek dulu lah. Kalau rosak kita ganti gearbox. Muka aku mmg pucat dh.. Bkn sbb gearbox tu jatuh tp sbb memikir brp riban pulak nk kena ni. "Tp xpe kak..klau akak nk kami cek dulu nanti kami cek. Dulu ada gak customer kena mcm ni. Klau nk ganti gearbox ori order dengan perodua nk ckp harga pun takut kak. Main belas ribu jugak. Tp nti klau gearbox rosak, kami cari brg dgn kawan2. Biasa harga dlm rm1500 kak..brg tu jer. Kami cek dulu la kak. Sbb mcm tak boleh pkai ni. Screw dia habis licin dah nie."
Utk org yg xde ilmu mcm aku nie klau dgr mmg aku angguk jela..sbb istilah ape die ckp pun aku tak fhm. Tp aku sempat suruh die berckp ng bro-in law aku sbb bro-in law aku pun pandai cara bab bikin kereta ni (tp die cara bikin kereta bintang..bukan kereta seangkatan aku neh :-/)
Memandangkn bro-in law aku tu tak nmpk kerosakkan pada keretanya..die ckp ng aku mintak cek dulu lah..jgn buat ape2. Nti bg cadangan quotation. Aku pun ckp pd depa "ok macam ni lah. Akak mintak korg cek dulu everuthing. Jgn buat ape2 n jgn buat order dulu. Bgtau ape yg rosak n then info dulu quotation servis utk repair. Kalau berpatutan akak bg korg proceed. Klau x, xperlu. Korg call n info dulu. Cek dulu apa yg rosak.
"Ok kak..kitorg cek dulu. Nanti ape2 kitorg info akak"
Aku dpt miscall dr perodua pukul 3:45pm. So aku buat panggilan n bercakap dgn staff dorg yg soft spoken & berdedikasi tu. Dia laporkn sglnye psl kereta aku sgt pnjg..tp maaf ada istilah2 yg die sebut mmg aku tak fhm pun ape kebenda yg die ckp tu. Tp kebetulan dekat tgn aku ada pen, aku smpt salin sikit2 ape yg die ckp. Scr ringkasnye ini status yg dia bg pd aku:
1) Gearbox kena tukar baru sbb casing gear box dh x boleh pakai sbb tertanggal
2) enjin mounting out
3) drive sharp kiri kanan out & kena ganti
4) o/seal kiri kanan kena tukar
5/mounting gear box pun kena tukar
Quotation gearbox suggested dr perodua rm1500
Servis semua sekali klau nk buat ng perodua : RM4273.00
Staff perodua call aku semula utk dptkn jwpn aku. Aku pun ckp aku nk buat kt bengkel luar.
Lpas tu die ckp "ok boleh kak. Nti dtg amik kereta n buat byrn inspection jelah".
Korg tahu berapa caj inspectionnya?? RM216.00. Aku tnye balik knp mahal sgt, biasa xde la labour cost semahal tu.
Jwpn dia "sbb kita bawak turun gearbox kak. N cek gearbox tu."
"Ok kak"
Papppp!!!
Bunyi hempas telefon!!!!!!
Wtf!!! Eh...hempas telefon tu aku sakit hati..mane dedikasi ko mase nak sebut rm4273.00 tu ha????
Awal pg aku bgn bersiap nk towing kereta.Hari dahla mendung..Nk bersiap dr KL ke Shah Alam follow bro-in law aku..Then dgn meredah hujan di tg.karang nk ke PSP Sg.Besar.Sungguhla aku gagahkn diri.Smp kt PSP, staff yg attend aku tu xnk tgk muka aku pun..Yg lg aku sedih die terus ckp kt cashier, "kak, cust ni nk byr nk amik kereta dia"..
Tak pndg muka aku pun!!
Aku terus pegi kt cashier n buat payment rm228.95 (ada tax lg tu!). Lpas tu aku pndg dia nk dgr die explen kt aku ape yg dia bukak n bgtau la semua yg die dh buat. Aku tak byr caj inspection tu tanpa mndengar summary report die..tp itu budak mmg sengal seh!!Die buat dono jer..Dlm hati aku ni puaka mak jemah rase nk keluar dh!!Tp aku sabarkan!Korg tau,gear box n casing&sgala mounting tu habis die bukak baraikan.Kalau ppuan yg xtahu ape2 aku confirm korg akn suruh PSP proceed je bikin kereta tu...betul x?
Towing yg aku pgil tu dtg.Ada sorg staff PSP tu bengkek giler siap marah2 maki2 kt situ..aku dh silang tgn kt dada dh..bengang!ko klau nk marah sbb aku x buat kt kedai ko pun jgn la mgamuk dpn aku..aku ada lg kt situ.aku customer kot..Mmg aku rse suhu turun naik je kt situ wpun hari hujan n suhu sejuk..aku saborkan hati bg towing tu tarik kereta utk hntr kt bengkel yg aku deal tu..dlm hati ni..menyumpah!
Sehari sebelum dtg bengkel abg ipar aku dah cari bengkel mane yg bole bikin kereta aku..bila dh deal dgn satu bengkel ni, aku pun hntr la kesane..disebabkn PSP ckp gearbox aku kena ganti,bro-inlaw aku yg x tgk condition gearbox tu bgtahu pd bengkel tu &pomen cari new gearbox utk aku.Pomen tu bli pkai duit die..Bila kereta smp bengkel tahu pomen tu ckp ape???
"Gearbox tak rosak pun.Yg rosak casing jer.Lubang screw haus.Tu yg pengikat die jatuh..Tak payah bli gearbox baru pun..gearbox cantik lg..tukar casing jer br seratus lebih"
Mase tu pomen tu cek gearbox ng bro-inlaw aku..Bro-inlaw aku pun tepuk dahi!!! Dia pun hangin!!! "Staff PSP xpndai buat atau mmg makan duit??? "
Aku yg dengar ni rse ape??? Sungguhlah aku rasa ini aniaya plg besar yg dorg buat kt aku! Ujian!! Dugaan!!
Pomen tu sungguh2 repair semua yg boleh.Kedai die byk giler kereta tp disebabkn dia simpati kt aku dia buat kereta aku dulu (Sbnrnya Allah lorongkn hati dia nk bantu aku).Sbnrnya aku xnk b'sgka buruk knp PSP buat cmtu..tp aku rs at first place dia boleh advice+bg suggestion option utk aku pilih.Tp bila dh terkena mcm ni..sungguhla aku ckp aku xpergi dah PSP mane2 dah...Pglman ni sgt terkesan kat hati aku.
Klau bro-inlaw aku bukan mekanik, korg rasa apa pilihan yg aku ada?Dgn gearbox yg dah barai habis kt PSP..tabahke nk bawak towing+cari bengkel sendiri? Kita ni ppuan..mesti xde choice&terus decide proceed kan?? ALLAH tu Maha Mengetahui..DIAlah yg lorongkn hati aku utk buat pilihan.
So memandangkn pomen tu dh bli gearbox baru, ktorg kawtim lebih kurang dapatlah aku hrga masuk akal siap servis gearbox+mounting+myk gearbox+oilseal+drive sharp total rm1.7k..Alhamdulillah..Sujud syukur aku hari nie!Punya byk jimat aku dapat dr harga yg PSP offer...Sungguhla aku rase nk nangis..sbb gembira dipermudahkn jalannya 
Aku xde blog nk nukilkan kisah aku ni. Jd aku post kt fb ni utk bagi kesedaran kt wanita2 disana yg xde ilmu mekanikal ni..kalau korg nk servis kereta sbb ada mslh yg besar2,carilah org yg paham kereta dlu.Jgn terima bulat2.Kita ni nk dpt servis/option yg terbaik.Bukannye cukup time, servis..cukup km, servis..Kita ada hak dan pilihan.
Aku bukan nk burukkan PSP. Tp klu ada yg nk share cerita aku ni silakan.Sbb aku sgt2 cari saluran utk menegur PSP ni krn aku xpuas hati dgn servisnya.Smg nota ni jadi red alert pd PERODUA utk tmbh baik customer service mrk.Jgn hadap pingat je.
Anyhow,aku tetap nk buat aduan kpd KPDNKK.Smg jd pgjrn. Assalamualaikum.Nit

2:30pm - 4:15pm
7/5/2014 - 4:15pm
Report dr perodua
Aku dgr je quotation die terus aku rse B/P aku naik 150#. Mcm xleh bernafas. Dek oii..akak klau tmbh 700 lg boleh dpt myvi baru kaler katak pisang tu tau!!!! Aku terus ckp "Dik, akak diskas ng abg ipar akak dulu. Nti akak call balik". Itu jer yg aku bole jawab masa tu sbb otak aku blur n jammed skjp. Mlm tu aku diskas ng hubby aku..kakak aku..abg ipar aku n finally kitorg decide kena tarik keluar n buat kt bengkel biasa..Itu je decision yg boleh dibuat ketika itu..
8/5/2014 - 2:34pm
"Akak suruh korg cek jer dulu n bg quotation.Tak ckp pun kena turun gearbox tu.N lagi, knp awal2 korg xckp caj turun gearbox??"Staff PSP tu reply "itu mmg upah turun gearbox kak" (ok..ok..ko xmenjawab soalan aku pun!!!)
Mula la aku hangen ni..suara aku pun dh satu tone dah mse tu...datar jer rase..."okla..sy pick up sabtu ni. Sy akn towing bwk keluar. Tq." 
10/5/2014 - 6:20am - 10.00am
10:45am
12:30pm - 7:30pm
*at last bila aku nk blk aku ckp dgn pomen tu "abg, gearbox sy ni abg jgn jual dulu boleh? Abg simpan 2-3mgu dulu..sy nk buat report dgn KPDNKK. Klau diorg nk tgk bukti sy bole bawak diorg kt sini." Pomen tu senyum. Aku x tgkp gmbr td sbb hari dh mghrib. I'Allah isnin ni aku amik gmbr gearbox tu.
Moral of the story:
Aku xde blog nk nukilkan kisah aku ni. Jd aku post kt fb ni utk bagi kesedaran kt wanita2 disana yg xde ilmu mekanikal ni..kalau korg nk servis kereta sbb ada mslh yg besar2,carilah org yg paham kereta dlu.Jgn terima bulat2.Kita ni nk dpt servis/option yg terbaik.Bukannye cukup time, servis..cukup km, servis..Kita ada hak dan pilihan.
Aku bukan nk burukkan PSP. Tp klu ada yg nk share cerita aku ni silakan.Sbb aku sgt2 cari saluran utk menegur PSP ni krn aku xpuas hati dgn servisnya.Smg nota ni jadi red alert pd PERODUA utk tmbh baik customer service mrk.Jgn hadap pingat je.
Anyhow,aku tetap nk buat aduan kpd KPDNKK.Smg jd pgjrn. Assalamualaikum.Nite
Alhamdulillah...selesai report polis dibuat di Balai Polis Daerah Sabak Bernam. Next step --> HQ Perodua (CRD) MYPerodua Pages, Manager PSP Sg. Besar, Tribunal Pengguna & Follow up KPDNKK. Semoga dipermudahkn..

Body Control Module (BCM) - Sistem Immobilizer

Body Control Module (BCM)
1. Sistem Immobilizer
*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder
2. Isyarat Bateri Transmitter
*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.
3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search)
*Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali.
*Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda.
4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)
*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.
*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.
*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah
5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection)
*Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci ditutup / dibuka sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat.
6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)
*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.
*Sekiranya pintu belakan kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.
7. Memori Penggera Keselamatan
*Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan nyala berkelip-kelip untuk menunjukkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan pada pintu, ‘bonnet’ atau pun di tailgate’ kenderaan
*Untuk reset memorinya, masukkan kunci ke silinder kunci, (On & Off) dan ‘Door Ajar Indicator’ akan kembali sediakala (reset).
8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)
*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.
*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.
9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)
*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.
*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.
10. Penjimat Bateri (Battery Saver)
*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.
11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)
*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.
*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.
12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)
*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)
*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.
*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.
13. Fungsi Pengelap Air Lelehan (Drip Wiping)
*Semasa pencuci cermin hadapan atau belakang digunakan, pengelap cermin akan berfungsi secara automatik untuk mengelap lelehan air yang berlebihan.
*Operasi : Mengelap sebanyak sekali dalam masa 5 saat selepas pencuci cermin digunakan.
14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)
*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.
*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)
15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)
*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.
*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.
16. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)
*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.
17. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)
*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.
18. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)
*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.
19. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)
*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.
*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.
20. Pembukaan Kunci Auto (Auto Door Unlock)
*Kesemua kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila kunci dikeluarkan daripada silinder kunci kenderaan.
*Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

info : Lampu besar exora "follow me home"

 utk perkongsian, headlamp "follow me home" : matikan enjin, cabut kunci (jgn buka pintu), hidupkan lampu kecik seketika pastu off / matikan semula suis lampu kecik tersebut.
Buka pintu keluar dr keta.
Lampu besar akan nyala.


sumber : fb exora

JualBeli - penjual & pembeli WAJIB hadir JPJ

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014.
Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
1.Untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
2. JPJ sudah menambahbaik sistem dengan aplikasi biometrik
untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.
Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan.
Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran.
WAJIB tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti 'standard' asal seperti dalam geran kenderaan.
2. Kesemua 'UBAH SUAI' sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ.
3. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
4. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
5. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian 'KERETA POTONG' atau potong sambung bahagian kenderaan.
6. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
7. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
8. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
9. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (B5) yang sah.
10. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
Malas hendak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh mendapatkan insurans atas talian yang menawarkan perkhidmatan.
11. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
**Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
**Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. "Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja"
13. Ambil nombor giliran dan tunggu.
Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
-Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
-Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
14.Selesai.
Ini adalah panduan pelanggan untuk tukar hakmilik kenderaan (secara sukarela) yang berkuatkuasa pada 1 april 2014 ini.

sumber : jpj

kenapa exora bau minyak dalam kerata



Anak panah yang berwarna merah adalah lubang yang menyebabkan bau minyak masuk kedalam kereta,anda perlu membuka pada anak panah hijau baru boleh lubang tersebut ditampal.
 tutup lubang tersebut dengan silicon

sumber Exora Owners' Club Motorsport - EOCM

Memo arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE

10153110_859623054063926_1306199209_n
Published on April 2nd, 2014 | by campromania
21

INFO : Memo arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE!

10153110_859623054063926_1306199209_n
Dua keping foto ini telah diperoleh dari laman sosial Facebook Muhd Zulfadli Sahadom. Memorandum arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE telah dikeluarkan oleh pihak Proton. Ini adalah disebabkan 49 kes enjin CFE (23 kes Exora dan 26 kes Preve) yang mengeluarkan bunyi bising dan kehilangan kuasa berpunca dari mendapan tersumbat dalam paip penghantaran minyak ke unit pengecas turbo.
10002978_859623014063930_1907264270_n
Selain itu ia turut menyebabkan impeller shaft patah dua yang menyebabkan berlakunya bunyi bising dan kehilangan kuasa. Terima kasih saudara Muhd Zulfadli Sahadom kerana berkongsi info ini.
* Harap rakan-rakan blog yang memiliki model Proton yang menggunakan enjin CFE mengambil perhatian mengenai isu ini. :)
sumber funtasticko

TIP PENJAGAAN KESELAMATAN TAYAR

Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan tersebut serta menghadapi permukaan jalan yang tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tip keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna berkaitan tayar:
  • Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
  • Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.
  • Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
  • Segera baiki tayar yang tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
  • Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
  • Jangan gabungkan tayar berbunga dengan tayar tidak berbunga. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kemalangan yang serius.
  • Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar bertekanan udara.
  • Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
  • Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.Ini kerana anda tidak tahu sama ada tayar tersebut mempunyai kerosakan atau tidak sempurna untuk digunakan.

ketahui insuran kereta up 2014


Budak PEKIDA setiu,trg cabar semua Club Kereta / Motor [ Kalau berani Cari aku ! ]

Status Update

By Hafiz Zia
Semua club2 kereta bodo2 blake..mekup kete sini sane.perabih pitih jer..org bg pitih brim pakat prabih ke kete...bengong molek...bkan bleh bwak mati pun doooo..


Sape bdak2 geng moto 71club.aku nk nasihat kat korang skit..korang ingat jalan raye bapak korang yg punye ke...suke2 nk pncung kete org..bru naik moto dah nk tnjuk belang...moto pun mak bapak yg beli dah nk tnjuk besar kepale...jgn smpai aku sailang sudah....kecik2 xnk mampus dah besar susahkn org...jgn smpai aku pgl puok2 aku g pukul sudah...





 [ Hafiz Zia ]

HKS grounding cable


Grounding cable 5 point @ 6 point = kira OK 
beli yang biasa2 je / murah..
Bukan untuk berlumba / exora sesuai kereta harian / keluarga

Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian [ standard JPJ ]


Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
Pemasangan air spoileraerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Pemasangan door visor pada kenderaan.

Pemasangan door visor  hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi

  • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.

- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilahtidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.

  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards ataumudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.

  • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan

- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis  kenderaan.
- Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.

  • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mmdari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.

  • Penukaran kotak gear manual / automatik

- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.

  • Pemasangan kanopi / kanvas

- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.

  • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)

- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Winch BarRear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.

  • Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal  di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
  
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
  • Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.

Search This Blog