teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Proton sudah Stop Production Door Trim jenis Exora CPS

Hello,
 
Saya saja nak share pengalaman pahit saya dengan lain lain Exora Owners
 
Saya mempunyai sebuah Exora CPS yang berumur 3 tahun. 3 bulan lepas, kereta saya dilanggar pintu oleh sebuah lori. Saya hantar kereta saya kepada Proton Glenmarie untuk claim insuran.
Sebulan lepas, pintu saya telah ditukar baru and pun dicat. Tapi, sampai hari ini, kereta saya tak boleh keluar lagi sebab Proton sudah Stop Production Door Trim jenis Exora CPS. Door Trim Exora Bold lain dari yang CPS.
 
Lepas complain banyak kepada Manager Glenmarie itu, dia beritahu saya dia cuba minta approval dari HQ untuk tukar empat empat Door Trim saya. Tapi, HQ tak approve!
 
Sekarang, saya ada kereta, tak dapat pakai. Entah, berapa lama lagi nak sangkut kat sana.......

sumber ;  Arthur Yip  arthur2966@hotmail.com

PROTON lancar Pesona SV

 Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli. 

Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola!Bola! Bola! Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini. 

Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan, katanya.

Model ini juga dilengkapi rim aloi 15 inci dan didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam (tranquility black), gangsa (bronze garnet), perak (genetic silver), merah api (fire red), hijau (chiffon green), dan biru Atlantik (Atlantic Blue).

Beliau juga berkata jaminan untuk model ini sama seperti model Persona sebelum ini iaitu selama dua tahun atau 50,000 km.

Persona SV ditawarkan pada harga serendah RM44,938 seunit sehingga RM50,388, bergantung kepada warna, lokasi jualan dan sistem transmisi, berbanding model Persona sebelum ini yang dijual antara RM47,000 dan RM51,150. 
Lukman berkata pengeluaran model Persona SV ini dibuat sempena kejayaan Proton mengeluarkan lebih setengah juta unit model Persona sejak dilancarkan pada 2007.

Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Hisham Othman pula berkata Proton menyasarkan 2,400 unit Persona SV sebulan.

"Kami percaya kami boleh mencapai sasaran ini malah lebih lagi seperti yang dialami dalam penjualan Saga SV," katanya.

Lukman berkata setakat ini tempahan bagi model Saga SV mencecah 42,000 dan hampir 30,000 unit telah dihantar kepada pelanggan manakala jualan bagi model Saga, termasuk SV sebanyak 78,000 unit sebulan.

Beliau juga berkata model baharu Proton dijangka menemui pengguna di Malaysia pada separuh pertama tahun depan.

Kemalangan Dalam Highway - Claim

Info Jika Berlaku Kemalangan di sebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain, apa sahaja.
Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...Tahukah anda...kita boleh claim dengan pihak Plus??kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:
1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil.Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.
5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.
7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14hari dari tarikh kita kemukan report polis dqn gambar.


sumber

KUNCI Exora BCM - Body Control Module

1. Sistem Immobilizer
*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder

2. Isyarat Bateri Transmitter
*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.

3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search)
*Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali.
*Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda.

4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)
*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.
*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.
*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah

5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection)
*Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci ditutup / dibuka sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat.

6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)
*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.
*Sekiranya pintu belakan kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.

7. Memori Penggera Keselamatan
*Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan nyala berkelip-kelip untuk menunjukkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan pada pintu, ‘bonnet’ atau pun di tailgate’ kenderaan
*Untuk reset memorinya, masukkan kunci ke silinder kunci, (On & Off) dan ‘Door Ajar Indicator’ akan kembali sediakala (reset).

8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)
*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.
*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.

9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)
*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.
*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.

10. Penjimat Bateri (Battery Saver)
*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.

11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)
*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.
*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.

12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)
*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)
*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.
*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.

13. Fungsi Pengelap Air Lelehan (Drip Wiping)
*Semasa pencuci cermin hadapan atau belakang digunakan, pengelap cermin akan berfungsi secara automatik untuk mengelap lelehan air yang berlebihan.
*Operasi : Mengelap sebanyak sekali dalam masa 5 saat selepas pencuci cermin digunakan.

14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)
*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.
*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)

15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)
*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.
*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.

16. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)
*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.

17. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)
*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.

18. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)
*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.

19. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)
*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.
*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.

20. Pembukaan Kunci Auto (Auto Door Unlock)
*Kesemua kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila kunci dikeluarkan daripada silinder kunci kenderaan.
*Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

Apa Makna Nombor pada Tayar Anda ?

AcceleraTires
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

info-tgk spec tayar dulu sblm rembat kt highway..jgn pandu ikut nafsu.


sumber

Search This Blog