teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Proton Exora Teksi Baru Negara 2015

KUALA LUMPUR: Lebih 7,500 teksi Proton Exora berwarna 'coklat keemasan' akan beroperasi menjelang 2015, menggantikan semua model lain sebagai standard teksi baru negara.
"Kami menjangka lebih banyak, tetapi itulah sasarannya.
"Namun ini tidak termasuk jumlah yang ada sekarang. Kami mengekalkan jumlah sama (teksi) atau mengurangkan jumlah itu. Secara keseluruhannya, ia akan melibatkan 7,500 Proton Exora," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal kepada pemberita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan.
Beliau berkata selepas melancarkan 50 Proton Exora di bawah skim Teksi 1 Malaysia di terminal itu yang mengambil penumpang pertama sejurus selepas majlis pelancaran.
Mohd Nur berkata kira-kira 200 teksi Proton Exora dijangka beroperasi di sekitar Kuala Lumpur menjelang hujung bulan ini.
Menjelang suku pertama 2014, kira-kira 1,000 teksi tersebut akan beroperasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baru.
Mohd Nur berkata sejumlah 286 permohonan daripada 1,000 pemilik lesen individu dikeluarkan dibawah skim Teksi 1Malaysia diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.
Katanya, SPAD masih mempertimbangkan mengenai sama ada untuk menggantikan teksi lain di negara ini dengan Proton Exora tersebut walaupun ia pastinya digunakan untuk teksi bandar.
Bagaimanapun, beliau berkata kereta sewa mungkin atau tidak akan digantikan dengan Proton Exora.

Search This Blog