teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

KARNIVAL AUTOSHOW 2013 TERENGGANU

KARNIVAL AUTOSHOW 2013

SKUAD MUDA 1 JPJ

DATARAN BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

30 Okt - 2 Nov 2013


proton malam minggu 19/10








Cara Untuk Reset Throttle Body Campro Proton

Ada yang cuci menggunakan chemical atau hanya sekadar mengelap dengan kain bersih sahaja.. Biasanya saya hanya mengelap menggunnakan kain bersih... akan saya tunjukkan cara bagaimana untuk membersihkan throttle body pada artikel yang akan datang.. Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan seperti di bawah :-

1- Masukkan kunci kereta dan 'on' kan selama beberapa minit, lebih kurang 2 minit. Jangan hidupkan enjin kereta anda, cukup sekadar semua lampu isyarat pada meter menyala.

2- Tutup semula suis kereta yang telah dibuka selama beberapa minit tadi.

3- Tekan pedal minyak kereta anda sepenuhnya sehingga jejak ke lantai dan 'on' kan semula suis seperti pada langkah pertama tadi. Biarkan selama 10 saat dengan pedal minyak tidak dilepaskan. Anda akan mendengar bunyi throttle body me 'reset'.

Kebanyakannya akan merasakan perbezaan respon semasa memandu selepas throttle body di reset... Sebarang pertanyaan, komen, perbincangan, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah.

Selamat mencuba... Sekian, terima kasih....

sumber

Proton CPS + Turbo 255hp


Proton CPS Super Monster 255hp On Wheel !!!!
another monster was born from xenon motorsports garage. this time, proton gen2 boosted at 1 Bar hitting 255hp on wheel… i repeat.. on wheel !!!.. i’ll try to get the dyno sheet soon. watch out for updates.
Specs :-
  • Campro CPS engine
  • turbine evo3 td05 18g
  • walbro 255ph external fuel pump
  • Haltec interceptor management
  • double metal gasket
  • standard CPS piston and conrod
  • custom intake manifold
  • boost 1bar
  • 1 External injectors
  • fuel pressure regulator
  • samco radiator hose
  • double layer radiator
  • hks open pod filter
i would like to quote one of the camproturbo members statement
slm smua & pd moderator..
mgkn ramai yg geram dgn kete abg syed tu…mmg benar yg digembar-gemburkan ttgg kete tu, sbnrnye abg dh lame main turbo ni dari Iswara dulu abg sumbat VR4, kemudian satria sumbat GSR siap tukar turbine TD05, intercooler, trotle body dll… dh mmg lazat dah mase tu.
pandangan abg mase tu kete nasional mmg tidak ade kemampuan utk saing dgn injin mitsubishi… ttp setelah duduk dlm kete si “mat”  pada satu malam tu, sukar nk pecaya G-force yg ade pd injin sekecil 1.6cc boleh belah mcm cc 2000.
dan utk makluman sedare smua, abg dah sndiri bwak kete abg syed tu mase dia turun ke seremban, dgn berbekal boost 1bar, ape lg abg pun test mlm tu jgak di hiway LEKAS…. fuuuuuhhhhh mmg giler btol pikap dan response. terase STIM brcampur NGERI pun ade… kete injin CPS bole meledak bagai kan peluru di hiway tu.
dgn suspension hi low soft hard, cornering bagai kan melekat dijalan, ckup mantap.
Tak sia-sia lah sesiape yg beli injin campro atau cps…simpan lah duit….BOLT-ON terus, jgn tunggu lame2.
akhir kate..gua TABIK SPRING pd “mat”   dan juga abg syed yg masih tidak puas kalau setakat ala kadar…
note: pada owner2 vtec, evos, bmw, watch ur ass…hehehe
 

BK Motorsports – Forged Internal Upgrades for Campro (262HP + 290Nm Torque)

Crazy torque climb from 2000RPM to 4300RPM
Another successful project by BK Motorsports, a Proton Gen2 MME producing 262WHP & 290Nm of torque and boosted at 1.3bar. This gen2 has done several upgrades to its Campro internal parts including pistons, conrods, crankshaft after planning to boosted more than 1bar. The turbo kits is installed by Xenon Motorsports and the internal upgrades were done by BK Motorsports. Below is some spec of this gen2.

Supprisingly this small turbine can churn out 262hp.

Specs:-
  • Proton Gen2 MME Edition
  • Oversized Custom Forged Piston + Coating
  • Custom Forged Conrods
  • Custom Billet Crankshaft
  • Custom Intake Manifold
  • o2 Wide band sensor
  • Adaptronic Standalone Engine Management
  • TD04HL Turbine
  • Turbosmart Wastegate
  • Turbosmart Electronic Boost Controller
  • Dynotune by GT Auto Sunway

For those who are really extreme to upgrade, strengthen their campro internal parts, BK Motorsports have the solutions and recipes to churn out more power out of your campro engines.

sumber

Konsep reka bentuk proton

Mitsubishi Mirage/Colt vs Satria

Citroen AX vs  Tiara

Mitsubishi Carisma vs Waja

Mitsubishi Lancer vs Wira

Honda Accord vs Preve

Mitsubishi Lancer x vs Inspira

No Telefon Kecemasan di LebuhRaya

Info - No Telefon Kecemasan di LebuhRaya (PLUS)

JIKA ANDA DIGANGGU ATAU DITIMPA MUSIBAH DI LEBUHRAYA TERUS HUBUNGI NO
NO INI....WALAU BAGAIMANA PUN NO 999 TETAP BOLEH DIGUNAKAN CUMA NO NO

TEL INI TERUS KE KERETA PERONDA....BIASANYA KALAU KITA CALL 999 DIA
ORG AKAN MINTAK NO TEL KITA DAN PUSAT OPERASI AKAN HUBUNGI PERONDA
DILOKASI KITA DAN PERONDA AKAN HUBUNGI KITA MELALUI NO NO TEL YG
DIBEKALKAN DLM KERETA PERONDA....PROSES INI AMBIL MASA HAMPIR 15
MINIT....OLEH ITU TERUS JER CALL NO NO TEL INI INSYAALLAH MUNGKIN
PERONDA ITU BERADA BERHAMPIRAN KITA.....PRINT BESAR BESAR SIMPAN DLM
KERETA ATAU SAVE DLM HANDSET KITA......Terima Kasih.


1 .Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani
013-3836002

2 Butterworth-Kulim-Bandar Baru
013-3836003

3 Jawi-Changkat Jering- Ipoh
013-3836005

4 Ipoh-Tapah-Tanjung Malim
013-3837140

5 Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja
013-3836009

6 Sungai Besi-Seremban-Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson
013-3837144

7 Ayer Keroh-Pagoh-Ayer Hitam
013-3837143

8 Ayer Hitam-Senai-JB, Taman Perling-Tg Kupang (Second Link)
013-3836016

9 KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang
013-3836017

10 Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint (Kerinchi Link)
013-3836018

11 KL-Karak
019-3244010

sumber

AWAS ! kedai tayar gombak , jangan tertipu

SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!! Maaf, tu je bahasa paling sesuai utk post kali ni.

Hujung Julai 2013 sblm raya puasa aku tukar tayar baru depan belakang jenama **LKEN di kedai ni. Kedai yang agak popular berhampiran kg padang balang KL. Nasibku kurang baik, 21 Sept 2013 aku kesan ada menggelembung bahagian tepi pada tayar depan. Tak terlintaspun nak claim ganti rugi sbb biasa la mgkn ‘terluka’ masa naik bucu jalan yang tinggi mana tahu. Klu kembung bahagian tengah tu mgkn aku beriya la juga nak cuba try test claim ganti rugi.

22/09/2013 Ahad aku p kedai yang sama utk tukar satu tayar baru. Sengaja aku cuba nego mana tahu dapat ganti rugi. Pekerja2 kedai kelihatan simpati dan cuba yakinkan org kanan bos bahawa aku mcm teraniaya. Aku lihat org kanan bos fikir skjp..seolah2 nak cari salah dan alasan kukuh utk tidak bertoleransi. Agakan aku jika masa tu klu kelihatan sport rim ada crack, barangkali dia akan cakap ha! itu lah puncanya. Jika ada kesan calar tergesel pada sport rim..ha! itu la puncanya tp dia tak jumpa cela pada sport rim. Last2 dia cakap maaf..kami tak cover klu bengkak bahagian tepi. Aku dah agak tp tak pa tak pa tak pa..memang stanby skit duit utk tukar satu tayar baru. Aku cuba tepuk bahu dia “bos, less skit blh? Sy baru tukar 4 4 tayar baru tak sampai 2 bulan maa..”. Dia cakap tak boleh, ni bukan salah dia. Aku pujuk lagi last2 dapat la less RM5..Jadi laa.., lepas pampers anak sulung utk 1 hari. Ok lah ok lah tukar baru k.

Aku bg tahu dia tayar lama aku nak bawa balik..buat bakar sampah. Ayah aku selalu pesan, bila tayar rosak bawala balik jangan tinggal kat kedai, takut bg peluang pada yang nak amik kesempatan, takut aniaya pembeli yang kurang tahu pasal tayar. Klu nak trade in yang bunga masih elok tu lain cerita la.

Dari dulu aku bukan jenis duduk sila panggung bila tunggu pomen repair kereta..aku akan menyibuk seolah2 aku juga pomen, tp tak la sampai merimaskan pekerja..tak la menghalang kerja depa..sekadar suka amik tahu. Aku nampak pekerja keluarkan dari stor tayar, agakan aku tu tayar untuk kereta aku…Alhamdulillah, ada stok.

Bila diamati..Aik! kenapa dia bg tayar keluaran Disember 2011? Dah hampir 2 tahun! Aku diam dulu, sempat aku amik gambar utk stanby apa2 hal kelak tp org kanan bos mcm perasan..aku nak tggu betul ke tak dia pasang tayar tu pada sport rim aku. Sah! Pekerja memang diarah utk pasang tayar tu kat sport rim aku. Aku minta pekerja tu p amik tukar tayar yang 2013, pekerja dah takut2..pekerja dah serba salah nak pergi jumpa org kanan bos. Agakan aku mgkn pekerja tahu niat bos nak kelentong. Aku cuba bertenang jap, nak tgk telatah depa. Dalam masa pekerja dok serba salah nak p maklumkan kepada org kanan bos, aku terlebih dulu meluru ke org kanan bos..mcm biasa la kedai ni dah 50% siap dia akan hulur resit suruh bayar dulu. Aku capai resit tp tak bayar lagi dan aku tanya dia “you bg sy tayar tahun bila tu? 2013 ke 2012?”. Dia kata 2012, stok 2013 belum smpai, kita habiskan stok 2012 dulu. Aku cakap “you pergi tgk you suruh pasang tayar tahun berapa?”. Dia seolah2 berat hati pergi tgk…memang 2011. Tak pasal2 dia cakap “kita memang nak habiskan stok 2011 dan 2012 skrg ni”. Pulak!

Aku cakap klu stok 2013 belum smpai, mcm mana 3 biji tayar di kereta aku skrg tu keluaran Jun 2013? Klu nak habiskan stok 2011 2012, kenapa masa aku datang Julai 2013 tak offer masa tu? Aku siap tunjuk resit lagi memang aku beli 4 biji tayar baru dari kedai tu Julai hari tu dan masa tu memang tayar keluaran Jun 2013. Dia terdiam dan mengelak2..terus dia cakap habis stok, dia minta balik resit yang aku pegang, terus dia beredar ke kauter pembayaran. Aku malas bising2, aku angkat sport rim masuk bonet blkg, pekerja dia angkat tayar bengkak aku masuk bonet seolah2 faham. Masa nak gerak keluar kedai, aku cuba nak amik gambar kedai dan muka dia pulak, tp org kanan bos dan seorang lagi rakan dia bangun mcm nak menuju pantau aku seolah rimas dan tak merestui aku nak amik gambar. Isteri halang aku, isteri memang kenal aku…diam2 aku blh hangin bila ada org nak tipu aku. Banyak kali dah dia tgk aku bertekak di bengkel..aku tak mahir sangat tp tahu juga. Bila org nak pijak kepala kita dan kita sedar, takkan kita nak hulur kepala minta dia pijak lagi? Lain la klu kita sengaja tak nak berusaha tarik kepala dari dipijak org yang sentiasa berusaha cari peluang pijak kepala kita. Bila terfikirkan aku bukan bujang lagi, aku bawa isteri dan 2 anak kecil..aku malas nak cari pasal. Aku balik mcm tu je.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir dan berborak dgn isteri..smpai mcm tu sekali dia nak tipu aku. Dahla tiada penghargaan sbg cust dia, tak dapat ganti rugi tu satu hal la blh terima akal, aku minta beli yang baru bukan 2nd tp mcm tu pulak dia buat kat aku. Dia jual tayar yang berisiko libatkan nyawa jika kemalangan, suka hati dia nak gadaikan nyawa kami asalkan dia untung..SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!!!. Tayar yang dia bulatkan dengan kapurtu sengaja aku bawa balik..sebab, aku takut dia amik kesempatan jual 2nd hand kepada cust yang kudus yang tak tahu apa2 pasal tayar. Klu dia nak amik kesempatan, blh je bahagian kembung diletakkan bahagian dalam..si cust kudus ni tahu? Last2 bahayakan nyawa.

Skdr peringatan ikhlas utk semua.

1. Jika nak tukar tayar baru..tolong la peka skit tentang minggu dan tahun tayar tu dikeluarkan..blh tgk kat tayar ada kilang catat minggu dan tahun dikeluarkan. Kalau tayar dikeluarkan tempoh 2 3 bulan sebelum tarikh anda nak beli, tu benda biasa la. Tp klu tayar dah setahun apatah lagi 2 tahun masih dia nak jual sbgi baru, fikir 4 kali yer…klu la pengeluar nak tipu juga tu lain cerita.

2. Klu nak beli yang 2nd hand..peniaga biasanya akan tarik minat anda dengan tunjuk bunga tayar yang tebal. Jarang sekali dia cakap ni baru 2 tahun maa, baru 1 tahun maa..hati2. Getah ikat lauk pasar malampun klu simpan 2 tahun klu tarik ia mereput, apatah lagi tayar yang sejuk panas sejuk panas bertahun2. Nampak ok tp bila2 blh berkecai tgh jalan.

3. Bila pergi kedai tayar atau repair apa2 saja, seboleh2nya tak perlu la duduk setempat, atau duduk sila panggung seolah2 mcm bos yang banyak duit “hah tukar tukar..berapa?”. jika begitu..anda mungkin seolah2 sedang menghulurkan kepala minta dipijak. Tahu la banyak duit tp jika boleh gadaikan nyawa, kaya tak bermakna apa2. Seboleh2nya amik la tahu basic pun jadi la pasal kereta agar kita tak dilabel peniaga sbg org kaya yang bodoh dan lebih malang lagi jika dilabel peniaga sbg orang miskin yang bodoh. Nauzubillah..

Tolong maklumkan kepada adik kakak agar sikit peka yer

Maaf kalau terkasar bahasa..klu tak kasar lambat sedarkan? Tp masih menjaga adab insyaAllah.

Proton Exora Teksi Baru Negara 2015

KUALA LUMPUR: Lebih 7,500 teksi Proton Exora berwarna 'coklat keemasan' akan beroperasi menjelang 2015, menggantikan semua model lain sebagai standard teksi baru negara.
"Kami menjangka lebih banyak, tetapi itulah sasarannya.
"Namun ini tidak termasuk jumlah yang ada sekarang. Kami mengekalkan jumlah sama (teksi) atau mengurangkan jumlah itu. Secara keseluruhannya, ia akan melibatkan 7,500 Proton Exora," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal kepada pemberita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan.
Beliau berkata selepas melancarkan 50 Proton Exora di bawah skim Teksi 1 Malaysia di terminal itu yang mengambil penumpang pertama sejurus selepas majlis pelancaran.
Mohd Nur berkata kira-kira 200 teksi Proton Exora dijangka beroperasi di sekitar Kuala Lumpur menjelang hujung bulan ini.
Menjelang suku pertama 2014, kira-kira 1,000 teksi tersebut akan beroperasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baru.
Mohd Nur berkata sejumlah 286 permohonan daripada 1,000 pemilik lesen individu dikeluarkan dibawah skim Teksi 1Malaysia diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.
Katanya, SPAD masih mempertimbangkan mengenai sama ada untuk menggantikan teksi lain di negara ini dengan Proton Exora tersebut walaupun ia pastinya digunakan untuk teksi bandar.
Bagaimanapun, beliau berkata kereta sewa mungkin atau tidak akan digantikan dengan Proton Exora.

Exora 4 Bintang ANCAP - kereta anda ?


Satu lagi ujian kemalangan pengumuman keputusan, berikutan baru-baru ini kedua NCAP keputusan ujian fasa ASEAN - Australian Program Penilaian Kereta Baru (ANCAP)  mengeluarkan keputusan penarafan keselamatan rasmi untuk dua kenderaan- Proton Suprima S dan Exora.





Exora telah diberi penarafan keselamatan ANCAP empat bintang,  untuk semua varian. Ia ditayangkan di Australia pada Pameran Motor Sydney Oktober lalu bersama sedan Preve.


 

MPV itu, yang dilengkapi dengan dua beg udara hadapan dan sisi dengan toraks dan perlindungan kepala untuk pemandu depan, menjaringkan 26,37 daripada kemungkinan 37 mata. Dalam kemalangan ujian mengimbangi, Exora mendapat 10.55 daripada 16 mata - pemandu perlindungan dada diterima dan perlindungan kaki adalah kecil. Dalam kesan sampingan ujian kemalangan, ia berjaya 14.82 daripada 16 mata - pemandu perlindungan dada telah disenaraikan sebagai boleh diterima.


 
Hasil Exora - dengan ujian yang dijalankan- mencerminkan prestasi dalam 40% ujian hadapan mengimbangi, di mana risiko kecederaan serius kepada kaki pemandu adalah tinggi. Prestasi kesan sampingan adalah baik.




 "Kekurangan beg udara langsir belakang juga kebimbangan bagi penggerak orang yang tidak dapat dielakkan akan dipasarkan kepada keluarga" kata Pengerusi ANCAP Lauchlan McIntosh.

Search This Blog