teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Kereta Sport Pertama Keluaran Negara Arab

 Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha, kelmarin. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). 

Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab. 

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron. 
 Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. 

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. 

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. 

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j. 

Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO. 

Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.

Search This Blog