foto : dengan mentol osram
Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku pada waktu malam adalah
disebabkan oleh jalan raya yang kurang diterangi dan penglihatan
terhad. Melihat kepada itu, syarikat pengeluar lampu terkemuka dunia,
Osram komited membangunkan produk lampu automotif bagi membantu pemandu
sepanjang perjalanan.
Terbaru adalah mentol halogen Osram Night Breaker Plus. Ia
menggunakan gegelung berkuasa tinggi serta lapisan biru. Setelah diuji,
Osram menyatakan mentol ini memberi 90 peratus lebih cahaya dan 35 meter
lebih jauh berbanding mentol konvensional. Jadi, pemandu boleh melihat
lebih jauh dan mempunyai lebih masa untuk memperlahankan kenderaan atau
membrek pada keadaan tertentu.
Selain itu, cahaya yang dikeluarkan juga lebih tersebar, memberikan
pandangan lebih jelas kepada pemandu sekiranya terdapat objek
terutamanya pejalan kaki di sisir jalan. Ini dapat dicapai disebabkan
perletakan filamen di dalam mentol bersama kon yang lebih panjang.
Dengan itu, cahaya yang dikeluarkan tidak terbazir ke arah yang tidak
diperlukan oleh pemandu serta lebih mesra bagi pengguna jalan raya lain.
Osram Night Breaker Plus boleh dipasang pada kebanyakan jenis
kenderaan yang menggunakan lampu halogen dan didatangkan dalam jenis H1,
H3, H4, H7, H11, HB3 dan HB4. Layari www.osram.com untuk keterangan lanjut. – Durrani Sharom.
foto : mentol jenama lain