teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang



MEMASANG langsir dan pelekat pada tingkap kenderaan adalah satu kesalahan dan amalan ini boleh menyebabkan pemilik kenderaan dipenjara jika mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Walaupun langsir digunakan untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada silau dan haba matahari, ramai yang tidak sedar bahawa memasangnya adalah satu kesalahan.
Pemasangan langsir hanya dibenarkan pada bas, 'caravan' dan van yang digunakan untuk membawa pelajar sekolah.

Pelekat ini nampak cantik apabila dipasang di cermin kereta tetapi ia sebenarnya melanggar undang-undang.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Yusoff Ayob berkata pemilik kenderaan yang memasang langsir atau pelekat telah melakukan satu kesalahan.
"Kesalahan ini membawa hukuman denda yang berat dan hukuman penjara.
"Ramai yang tidak menyedarinya.
"Kebanyakan mereka yang telah dikeluarkan saman membuat kesalahan kali pertama," katanya.
Yusoff menambah terdapat hanya beberapa saman yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan dengan langsir.
"Pengguna kenderaan dibenarkan untuk menggunakan pelindung cahaya atau tuala pada tingkap kereta untuk menghalang matahari.
"Ini dibenarkan kerana pelindung dan tuala tidak kekal dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Pelekat dan langsir dipasang kekal dan menghalang pandangan pemandu," kata Yusoff.

Penghadang cahaya seperti ini dibenarkan dipasang dalam kereta kerana ia boleh dialihkan.
Beliau menambah jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 dan / atau penjara tidak melebihi dua minggu untuk kesalahan pertama.
Bagi kesalahan berikutnya, pemandu ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan / atau penjara tidak melebihi satu bulan.
Kaedah 4(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa langsir, bidai atau bahan lain tidak boleh dipasang dalam kenderaan bermotor untuk melindungi bahagian dalam kenderaan itu.
Kaedah 5(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70 peratus manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50 peratus.
Yusoff berkata pengeluar kereta Malaysia telah menetapkan 15 peratus standard penghalang cahaya, yang membolehkan 85 peratus cahaya matahari memasuki tingkap.
"Kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan pemasangan pelekat penghadang cahaya tingkap secara haram daripada pengeluar tempatan. Kami hanya menghadapi masalah ini terhadap kenderaan 'recon' atau diimport," katanya.

Mentol terbaru Osram lebih terang

                                                  foto : dengan mentol osram

Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku pada waktu malam adalah disebabkan oleh jalan raya yang kurang diterangi dan penglihatan terhad. Melihat kepada itu, syarikat pengeluar lampu terkemuka dunia, Osram komited membangunkan produk lampu automotif bagi membantu pemandu sepanjang perjalanan.
Terbaru adalah mentol halogen Osram Night Breaker Plus. Ia menggunakan gegelung berkuasa tinggi serta lapisan biru. Setelah diuji, Osram menyatakan mentol ini memberi 90 peratus lebih cahaya dan 35 meter lebih jauh berbanding mentol konvensional. Jadi, pemandu boleh melihat lebih jauh dan mempunyai lebih masa untuk memperlahankan kenderaan atau membrek pada keadaan tertentu.
Selain itu, cahaya yang dikeluarkan juga lebih tersebar, memberikan pandangan lebih jelas kepada pemandu sekiranya terdapat objek terutamanya pejalan kaki di sisir jalan. Ini dapat dicapai disebabkan perletakan filamen di dalam mentol bersama kon yang lebih panjang. Dengan itu, cahaya yang dikeluarkan tidak terbazir ke arah yang tidak diperlukan oleh pemandu serta lebih mesra bagi pengguna jalan raya lain.
Osram Night Breaker Plus boleh dipasang pada kebanyakan jenis kenderaan yang menggunakan lampu halogen dan didatangkan dalam jenis H1, H3, H4, H7, H11, HB3 dan HB4. Layari www.osram.com untuk keterangan lanjut. – Durrani Sharom.




                                                     foto : mentol jenama lain

Penjajaran Exora - pak mie







Penjajaran Exora


Saya pemilik Exora manual tahun 2000. Bulan lalu, saya menukar tayar baru dari wakil penjual tayar berjenama. Betulkah kereta tidak memerlukan penjajaran seperti kata penjual tersebut? Betulkah skru pelaras tayar depan yang biasa di syorkan oleh mekanik supaya di tukar, tidak perlu ditukar dan seeloknya guna skru asal?

Jawapan:
Sepanjang pengalaman, semua kereta memerlukan penjajaran dan sekurang-kurangnya pelarasan untuk `toe-in`atau `toe-out` roda hadapan. Skru pelaras `camber` roda hadapan tidak perlu ditukar kerana kebanyakan kereta tidak perlu pelarasan `camber` tersebut.

sumber : bh

Ekstrem kereta waja


Mereka yang kurang arif mengenai modifikasi kereta mungkin menganggap kerja gila atau membazir. Bagi si fanatik modifikasi itu, ia satu kepuasan yang tidak terungkap dalam seni yang digarapkan pada jentera empat roda.  

Mungkin rekaan ekstrem sudah banyak, tetapi rekaan yang bergaya seperti ini jelas punya sensasi tersendiri atau kebanggaan tatkala mengenderai tunggangan tersebut.

Perubahan paling menonjol adalah aplikasi cat berwarna Candy Apple Red dari House of Kolor, Amerika Syarikat pada bahagian badan dan paduan kit badan yang melingkari seluruh kereta membuat makna elegan semakin kental akan nuansa modifikasinya. Ini berbeza dengan penggunaan aksesori custom made yang direka sendiri si pemilik.

Bahagian luar Proton Waja dilebarkan secara custom. Untuk cat sahaja pemilik kereta melaburkan wang sebanyak RM10,000. Jika dilihat kepada fizikal Waja yang berubah hasil ubah suai major pada kit badan, pasti anda berasa kagum. Mungkin ada yang memikirkan bagaimana Waja merah itu bergerak kerana bampar hadapannya mencecah lantai.

Menurut Zainul Azraai Abdul Wahab, 28, kos modifikasi yang dilakukan mencecah RM70,000. Pujian yang diterima daripada rakan dan pengunjung pameran menyuntik lagi kesungguhannya untuk melakukan inovasi pada Waja keluaran 2003 itu. Kereta yang dibeli berharga RM25,000 itu mengalami evolusi secara berperingkat.

Untuk mendapatkan stance yang rendah pada kereta sistem suspensi angin daripada jenama Air Runner digunakan. Suspensi berkenaan diubah suai untuk Waja berharga RM8,000. Pengubahsuaian ekstrem itu lebih kepada pameran auto di mana stance yang rendah akan membuatkan jentera kelihatan lebih tegap. Manakala untuk kegunaan harian, Waja ditinggikan untuk keserasian di atas jalan raya.

Watak mewah

Azraai berkata dia begitu berpuas hati dengan usahanya apabila pengunjung kagum dengan camber belakang yang ditala dengan 14 darjah. Untuk bunyi yang lebih sedap didengar, ruang belakang but juga dipenuhkan dengan sistem audio dari Hifonics USA, sebuah Playstation 3 dan skrin Samsung LED 23 inci.

Azraai  turut menongkah arus dengan mengubah pintu bahagian penumpang belakang dengan cara bukaan ke arah belakang ala Rolce Royce dan Bentley.

“Idea dan modifikasi berkenaan dilakukan sendiri,” katanya yang memandu Mitsubishi Airtrek Turbo sebagai jentera harian manakala Waja disimpan di rumah berbalut rapi.

Karakter sporty Waja diterjemahkan menerusi penggunaan rim aloi 19 inci daripada WEDS Kranze Rapier yang di import terus dari Jepun. Kabin bernuansa gaya VIP dilengkapi dengan aksesori senada menjadikan pemandangan tampil eksklusif.

Lampu candelier kecil di bahagian tengah satu kelainan yang menyerlahkan watak mewah di dalamnya dan anda sebenarnya langsung tidak menyangka duduk di dalam Waja sebenarnya.

“Ruang kabin ditransformasikan sepenuhnya kepada ruang dalaman Proton Chancellor.

“Penggunaan kemasan kulit Nappa pada keseluruhan ruang dalaman termasuk papan pemuka, bumbung, kulit pintu dan ruang speaker belakang dengan kos hampir RM11,000,” katanya.

Azraai berkata, Waja hanya dibawa keluar sebulan sekali sahaja dan kereta kelimanya itu adalah percubaannya yang pertama untuk terlibat dalam bidang modifikasi kereta.

“Sebelum ni saya menceburi bidang drag, drift dan trek. Antara kereta yang pernah saya pakai adalah Subaru Impreza, Satria VR4 dan juga Toyota KE70.

“Rasanya dah sampai masa untuk memperlahankan rentak dalam bidang perlumbaan, dan memilih modifikasi estetika dan itulah antara sebab saya menceburi bidang auto show,” katanya yang juga berminat kepada motosikal berkuasa tinggi dan memiliki Kawasaki ZXR750 dan Honda CBR100.

Pemuda yang terlibat dalam komuniti auto show ini mula melibatkan diri pada 2009. Kemenangan pertamanya pada pameran auto di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mendapat tempat kedua dalam kategori Proton Open. Beliau turut menerima anugerah sebagai Best Proton di Hot
Import Nights (HIN) 2011 di Shah Alam. Sementara itu di Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil, Waja milik Azraai mendapat Juara Keseluruhan bagi kategori sistem audio dan luaran.






PESONA - pasaran china

pesona akan di jual di pasaran Negara China . Menggunakan jenama LOTUS , di kenali LOTUS L3. lihat gambar di bawah.


gambar : hadapan



gambar : belakang

emmm.....kalau dah tak mampu.....beli made in proton





KERETA sport Wang Jian menjadi tumpuan pengguna jalan raya lain.
SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China bertindak membina sendiri kereta sport berkenaan.
Petani tersebut, Wang Jian membina kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana.
Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel kenderaan selama lebih 10 tahun.
Media China melaporkan replika Lamborghini Reventon itu menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.
Kereta sport buatan sendiri itu boleh mencapai kelajuan 256 kilometer/sejam. - Reuters
* Sumber

Search This Blog