teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

jaga kereta



 


AMALAN BAIK JAGA KERETA

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.
Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).
Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 5 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 5 tahun dulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar

Search This Blog