teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

PROTON X30


Proton X30

Dengan engin 1.5L turbocharged berkuasa 178hp & 290Nm. Boleh pecut 0-100km dalam 7.9 saat.



Sistem angin kereta ( aircond / radiator )

 Ada rakan kita minta saya beri penjelasan sains tentang kenapa dengan jarakkan antara condenser aircon dengan radiator ni boleh buat prestasi penyejukan aircon lebih baik? 


Boleh perhatikan dulu gambar tu sebelum teruskan membaca. 


Ada 2 perkara yang tuan kereta buat: 

• Letak penghadang, dan

• Jarakkan antara condenser aircon dengan radiator. 


Penjelasannya begini:


1. Sifat angin ni banyak persamaan dengan sifat manusia. Antaranya adalah selagi ada jalan senang, angin akan ikut jalan tu dan seboleh²nya akan elakkan lalu jalan susah. 


2. Jadi, cuba kita bayangkan kereta sedang bergerak ke depan. Angin dari alam sekitar akan masuk melalui jeriji hadapan (front grill) ke dalam ruangan dalam bumper. 

• Angin ni ada pilihan, nak lalu halangan condenser + radiator atau 'mengelat' lari ke celahan² terbuka. 

• Pastinya angin tu mengelat apabila pemanduan perlahan. Angin hanya terpaksa lalu pada halangan condenser + radiator bila nilai masuk angin banyak contohnya sewaktu pemanduan laju. 


3. Dengan meletakkan penghadang, angin yang telah masuk dalam ruangan ni dah tak ada jalan untuk 'mengelat'. Jadi ia terpaksa juga melalui halangan condenser + radiator. 


Akibat terpaksa ni lah, penyejukan pada condenser & radiator akan lebih baik kerana sentiasa akan dapat laluan angin dari luar. 


Maka terjawablah hal pertama. 


Seterusnya untuk hal kedua,

Ada dua sebab utama kenapa menjarakkan condenser dengan radiator ni bawa kesan positif. 


4. Bila terlalu rapat. 

• Jika bersentuhan: Haba daripada radiator boleh berpindah ke condenser secara pengaliran (heat conduction). 

• Rapat tapi tak sentuh, haba daripada radiator boleh berpindah ke condenser secara radiasi (heat radiation). 


Dengan menjarakkan, kita mengurangkan dua kemungkinan permindahan haba tersebut. Cuma kene pastikan, bila dah dijarakkan, perlu ada penghadang dibahagian tepi supaya masih dapat perangkap laluan angin. Kalau bocor ketepi, kecekapan kipas untuk menarik atau menolak angin (bergantung kepada kedudukan kipas) akan berkurangan. 


------


Kalau 2 tindakan ni bagus, kenapa pengeluar kereta tak buat??? 


a. Menjarakkan condenser dengan radiator bermaksud mengurangkan ruangan sedia ada. Pengeluar kereta perlu fikirkan saiz kipas & perumahnya juga. 


b. Bila kedudukan kedua2 alat pengubah haba (heat exchanger) ni berasingan, pengeluar perlu fikirkan kekukuhan pemegangnya (mounting) juga. 

• Ini termasuk sifat² getaran disebabkan resonan & frekuensi semula jadi (natural frequency). 


c. Bila dijarakkan, ruangan tepi & atas antara kedua2nya perlu ditutup. Barulah aliran akan lalu dengan baik. Pengeluar kereta perlu gunakan material penghadang yang tahan panas & berkualiti. Ini akan meningkatkan kos pembuatan kereta. 


Jalan mudah, pengeluar kereta akan lihat pasaran sasaran pengguna (target market) & letak kejuruteraan yang sesuai. 


Dr Aid Fawzal

Puchong


*Sesetengah kereta² prestasi akan ada pengadang atau saluran untuk alat pengubah haba seperti intercooler, radiator, oil cooler dll. Ini untuk memastikan prestasi penyejukan yang baik sepanjang penggunaan.


#terima kasih atas perkongsian. 

Owner : penulisan Dr Aid fawzal 

TIP JAGA RADIATOR


 SUMBER : YOUTUBE

TERIMA KASIH PADA OWNER VIDEO KERANA SUDI KONGSI TIP UNTUK JAGA RADIATOR KERETA AGAR TAHAN LEBIH LAMA. 

EXORA 2023


 

FOTO : KERETA SENDIRI 2HB.JANUARI 2023

HAKMILIK TAHUN 2010

Search This Blog