teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Body Control Module (BCM) - Sistem Immobilizer

Body Control Module (BCM)
1. Sistem Immobilizer
*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder
2. Isyarat Bateri Transmitter
*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.
3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search)
*Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali.
*Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda.
4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)
*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.
*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.
*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah
5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection)
*Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci ditutup / dibuka sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat.
6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)
*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.
*Sekiranya pintu belakan kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.
7. Memori Penggera Keselamatan
*Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan nyala berkelip-kelip untuk menunjukkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan pada pintu, ‘bonnet’ atau pun di tailgate’ kenderaan
*Untuk reset memorinya, masukkan kunci ke silinder kunci, (On & Off) dan ‘Door Ajar Indicator’ akan kembali sediakala (reset).
8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)
*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.
*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.
9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)
*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.
*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.
10. Penjimat Bateri (Battery Saver)
*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.
11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)
*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.
*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.
12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)
*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)
*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.
*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.
13. Fungsi Pengelap Air Lelehan (Drip Wiping)
*Semasa pencuci cermin hadapan atau belakang digunakan, pengelap cermin akan berfungsi secara automatik untuk mengelap lelehan air yang berlebihan.
*Operasi : Mengelap sebanyak sekali dalam masa 5 saat selepas pencuci cermin digunakan.
14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)
*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.
*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)
15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)
*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.
*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.
16. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)
*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.
17. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)
*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.
18. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)
*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.
19. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)
*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.
*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.
20. Pembukaan Kunci Auto (Auto Door Unlock)
*Kesemua kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila kunci dikeluarkan daripada silinder kunci kenderaan.
*Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

info : Lampu besar exora "follow me home"

 utk perkongsian, headlamp "follow me home" : matikan enjin, cabut kunci (jgn buka pintu), hidupkan lampu kecik seketika pastu off / matikan semula suis lampu kecik tersebut.
Buka pintu keluar dr keta.
Lampu besar akan nyala.


sumber : fb exora

JualBeli - penjual & pembeli WAJIB hadir JPJ

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014.
Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
1.Untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
2. JPJ sudah menambahbaik sistem dengan aplikasi biometrik
untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.
Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan.
Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran.
WAJIB tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti 'standard' asal seperti dalam geran kenderaan.
2. Kesemua 'UBAH SUAI' sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ.
3. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
4. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
5. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian 'KERETA POTONG' atau potong sambung bahagian kenderaan.
6. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
7. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
8. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
9. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (B5) yang sah.
10. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
Malas hendak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh mendapatkan insurans atas talian yang menawarkan perkhidmatan.
11. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
**Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
**Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. "Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja"
13. Ambil nombor giliran dan tunggu.
Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
-Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
-Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
14.Selesai.
Ini adalah panduan pelanggan untuk tukar hakmilik kenderaan (secara sukarela) yang berkuatkuasa pada 1 april 2014 ini.

sumber : jpj

kenapa exora bau minyak dalam kerata



Anak panah yang berwarna merah adalah lubang yang menyebabkan bau minyak masuk kedalam kereta,anda perlu membuka pada anak panah hijau baru boleh lubang tersebut ditampal.
 tutup lubang tersebut dengan silicon

sumber Exora Owners' Club Motorsport - EOCM

Memo arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE

10153110_859623054063926_1306199209_n
Published on April 2nd, 2014 | by campromania
21

INFO : Memo arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE!

10153110_859623054063926_1306199209_n
Dua keping foto ini telah diperoleh dari laman sosial Facebook Muhd Zulfadli Sahadom. Memorandum arahan untuk menghentikan penggunaan X1R untuk enjin CFE telah dikeluarkan oleh pihak Proton. Ini adalah disebabkan 49 kes enjin CFE (23 kes Exora dan 26 kes Preve) yang mengeluarkan bunyi bising dan kehilangan kuasa berpunca dari mendapan tersumbat dalam paip penghantaran minyak ke unit pengecas turbo.
10002978_859623014063930_1907264270_n
Selain itu ia turut menyebabkan impeller shaft patah dua yang menyebabkan berlakunya bunyi bising dan kehilangan kuasa. Terima kasih saudara Muhd Zulfadli Sahadom kerana berkongsi info ini.
* Harap rakan-rakan blog yang memiliki model Proton yang menggunakan enjin CFE mengambil perhatian mengenai isu ini. :)
sumber funtasticko

Search This Blog