teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Cable tambahan - 3

kesan positif dan faedah  Grounding Cable
  • Engine lebih mudah dihidupkan
  • Headlamp lebih terang
  • Tambah baik kualiti bunyi sistem audio dan aliran ke komponen2 elektronik lain
  • Engine idling lebih smooth dan pick-up lebih baik (bergantung pada keadaan engine)
  • Penukaran gear lebih smooth utk Gear Automatic
  • Kurang rasa engine jerking bila compressor aircond ON

Secara keseluruhannya, dapat meningkatkan prestasi kereta (lebih responsive) dan mengurangkan penggunaan petrol (bergantung pada cara pemanduan). Setiap kereta adalah unik dan kesan positif (faedah) tidak 100% sama walaupun dari model kereta yang sama (bergantung pada modifikasi yang telah dibuat).


Grounding Cable boleh dipasang pada semua kereta

 semua jenis kereta moden yang mempunyai sistem suntikan bahan api dan ECU (Engine Control Unit) seperti Proton, Perodua, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan lain-lain

Pemasangan Grounding Cable lebih banyak memberi kesan positif dan faedah kepada kereta moden (Injection & ECU - lebih banyak sistem komponen elektronik) .

sumber

Pengguna kereta harus tengok

gambar atas : pengguna harus waspada selalu...speed trap ada di mana2

gambar bawah : terlalu sayangkan kereta , cuci sebersih2 nya 


Stickers Kereta :Anda dibayar RM 500.00 Sebulan

 contoh stickers
Konsep:
Konsep kami adalah “Dibayar Untuk Pandu”: 59MOTORADS adalah sebuah syarikat yang akan mencari orang ramai iaitu rakyat biasa dan bukanlah pemandu profesional. Mereka hanya perlu melalui rutin harian secara normal tetapi bezanya hanyalah dengan meletakkan pelekat yang menarik pada kereta mereka. Secara kebiasaannya, iklan adalah dalam bentuk pelekat sekitar panel sisi, hud, bonet, panel belakang dan bumbung kenderaan menggunakan pelekat vinil dan selalunya meliputi sebahagian besar permukaan luar kereta tersebut.
ruler

Anda akan dibayar untuk pandu:

Pemilik kereta akan diberikan ganjaran sebanyak RM500 sebulan dengan syarat dimana mereka perlu mencapai jarak 18km sehari dan 125km seminggu. Ganjaran amaun ini adalah sewa kepada ruang kenderaan yang diberikan oleh pemilik kenderaan.
ruler

Apakah manfaat yang diperolehi oleh bakal pengiklan daripada strategi pengiklanan seperti ini?

Kesemua bakal pengiklan akan memperolehi rangkaian iklan yang mana pendedahan terhadap iklan tesebut adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan iklan yang statik. Sehubungan dengan itu, penggunaan pelekat yang berwarna-warni di sekitar panel sisi, hud, bonet, panel belakang dan bumbung kenderaan lebih mempunyai kecenderungan untuk menarik perhatian ramai.
Selain itu, ia merupakan sejenis bentuk pengiklanan yang dapat menawan hati pengguna dimana pengguna jalan raya yang terperangkap di dalam kesesakan trafik tidak dapat mengelak daripada melihat iklan-iklan pada kereta yang berhampiran dengan mereka.
ruler

Kriteria pemilihan pemandu

Pemandu dipilih berdasarkan kepada pemandu yang tinggal di lokasi yang strategik seperti aliran trafik yang sesak serta kawasan-kawasan bandar. Pemilihan pemandu oleh pengiklan adalah berbeza-beza bergantung kepada demografi sasaran pasaran yang hendak dicapai. Sebagai contoh, sebuah syarikat teknologi atau barangan elektronik boleh mendapatkan pemandu yang tinggal berhampiran kawasan kampus untuk mendapat pendedahan dikalangan warga kampus itu sendiri.
ruler

Sistem GPS:

Kenderaan yang mengambil bahagian di dalam Program “Dibayar Untuk Pandu” ini akan dilengkapi dengan sistem pengesan (GPS) agar kami boleh memastikan pemandu menghabiskan masa yang secukupnya di kawasan-kawasan yang dikehendaki.
ruler

Bagaimana ia akan memberi manfaat kepada Pemandu Berbayar 59MOTORADS?

  • Berdasarkan kontrak, anda akan diberi RM500 sebulan setiap kali anda mencapai jarak 500km.
  • Sebaik sahaja anda telah memenuhi syarat jarak 18km setiap hari dan ganjaran bonus sebanyak RM1000 akan diberi jika pemandu mampu melebihi daripada syarat, iaitu sebanyak 18000km setahun.
  • Sistem pengesan (GPS) juga akan dipasang didalam kenderaan anda yang bukan sahaja dapat membantu merekod kilometer tetapi juga akan menyumbang kepada aspek keselamatan anda dan kereta sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku. GPS juga akan dapat memantau sebarang pemanduan secara melulu di jalan raya.
  • Kontrak bersama 59MOTORADS akan dilanjutkan bergantung kepada rekod anda.
ruler

Bagaimana ia akan memberi manfaat kepada Agensi / Pengiklan?

Pelekat pengiklanan kereta 59MOTORADS pastinya dapat menarik perhatian ramai. Pelbagai produk boleh dieksploitasi dengan menggunakan medium ini dimana kesemua kenderaan terpilih akan bergerak minimum 500km sebulan. Ini adalah medium penghantar mesej yang terpantas! Selain daripada itu, terdapat beberapa manfaat penting yang lain iaitu:
  • Kereta merupakan kenderaan utama di Malaysia. Dengan ini anda dapat memastikan bahawa iklan anda dapat dilihat secara menyeluruh iaitu di sepanjang jalan, lorong-lorong dan kawasan-kawasan yang sesak.
  • Mesej pengiklanan anda berpeluang untuk mendapat pendedahan setiap hari secara puratanya selama 4-8 jam. Berbanding dengan media-media lain dimana pendedahan iklan adalah jauh lebih singkat.
  • Setiap Pemandu 59MOTORADS perlu membuat perjalanan sekurang-kurangnya 18km sehari untuk memenuhi kriteria sebanyak RM500 sebulan..
  • Lebih daripada 500,000 Pemerhati akan melihat pengiklanan kenderaan anda setiap hari.
  • Kadar harga adalah amat ekonomikal berbanding dengan media-media lain yang mana kadar harganya jauh lebih tinggi.
  • Terdapat lima tempat utama yang strategik untuk memasang pelekat kenderaan: Hud kereta, bonet, panel belakang, bumbung dan panel sisi.
  • Anda juga boleh mendapati kombinasi warna yang pelbagai dengan Pelekat reflektif yang bersinar pada waktu malam.

Cable tambahan2 [ versi foto ]

Fungsi dan Kesan :
1. Menstabilkan Arus Elektrik yang dihasilkan oleh bateri kereta.
2. Enjin kereta lebih senyap berbanding sebelum
3. Aircorn kurang sentap berbanding sebelumnya.
4. Hos power lebih besar dan pick up lebih baik dari sebelumnya.
5. Jangka hayat bateri kereta lebih tahan lama


Power Cable Tambahan

Setelah research untuk point di mana cable tambahan sesuai dipasangkan dibuat, point utama yang paling berdekatan dengan spark plug / palam pencucuh adalah yang paling sesuai. Contoh untuk exora seperti di dalam gambar.... selain itu, ianya juga sesuai untuk dipasang di point tambahan seperti;
1. Throttle body
2. Alternator
3. Distributor
4. Body

    
@

5 point pemasangan:
🔹Alternator
🔹Head
🔹Throttle body
🔹Gearbox
🔹Body frame

p/s : Di syorkan Cable Tambahan Lebih BESAR dari cable grounding D1 spec japan [ untuk kuasa maksima ]

sumber 

SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN

Abstrak: Penyelidikan ini merupakan satu kajian alat rekacipta iaitu wiz merupakan sistem penambahan
tekanan udara yang dicipta oleh pereka khas untuk enjin kenderaan. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat keberkesanan alat wiz pada enjin kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan, dapat
membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api
ketika enjin dihidupkan. Untuk mengetahui kefungsian alat yang direka, pereka menjalankan pengujian di
bengkel automotif di N 26 Universiti Teknologi Malaysia, manakala pengujian dynojet dynamometer ini
dijalankan di bengkel automotif N 1 Racing, 68, jln PJS 11/7, Bandar Sunway,46150 Bandar Sunway
Selangor, pengujian casis dynamometer bagi sistem brek dijalankan di PUSPAKOM, Lot 219, Taman
Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor serta pengujian penggunaan bahan api dijalankan di
lebuhraya utara - selatan. Empat buah kenderaan yang dipilih dijadikan sampel kajian ini. Analisis data
dibuat berdasarkan kuasa kuda, peratusan, per juta (ppm) dan dalam unit liter. Hasil daripada
penganalisisan data, didapati hasil peningkatan karbon monoksida 0.55 % (2.72 % - 3.27 %),
pengurangan hidrokarbon 37 ppm (330 ppm – 293 ppm) serta pengurangan oksigen 0.14 % (1.26 % -
1.12 %). Manakala peningkatan kuasa kuda 1.93 kk (124.92 kk – 126.85 kk) kuasa maksimum dan 2.88
kk (135.97 kk – 138.85 kk) maksimum kuasa kilas diikuti dengan peningkatan cengkaman pada sistem
brek kenderaan sebanyak 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) dan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak
0.016 liter (0.077 liter - 0.061 liter). Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pengujian ini telah membuktikan keberkesanan rekacipta alat “ wiz “ ini.

Abstract: This is a research of an invented tool name wiz which is an air compressor addition system
designed by special designer for vehicles engine. The objectives are to see the effectiveness of wiz to
increase the horse power of transport, to help the brake system to be functioning effectively and also to
reduce the used of fuel when the engine is started. In order to make sure that the product is functioning
well, the designer has undergo some testing at an automotive workshop of N 26 University Technology
Malaysia, whilst the dynojet dynamometer testing is being done at automotive workshop of N 1 Racing,
68 jln PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Bandar Sunway Selangor, and chasis dynamometer for brake
system testing at PUSPAKOM, Lot 219, Taman Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor. The
fuel consumptions testing is being done at Lebuhraya Utara-Selatan. Four vehicles are selected to be the
sample in this research. Analysis of data is being made according to the horse power, percentage per
million (ppm) and in litre unit. From the analysis, there is 0.55% (2.72% - 3.27%) increase of carbon
monocside, 37 ppm (330 ppm – 293 ppm) reduction of hydrocarbon and 0.14% (1.26% - 1.12%) oxygen
reduction. An increasing of horse power about 1.93 hp (124.92 hp – 126.85 hp) maximum power and 2.88
hp (135.97 hp – 138.85 hp) maximum torque followed by a better grip for the brake system which is
about 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) and a reduction of 0.016 (0.077 litre - 0.061 litre) litre fuel
consumptions.The result founds that there are significantly different in the testing and shows the
effectiveness of wiz.

Katakunci: enjin Kenderaan, sistem penambahan tekanan udara, wiz

Pengenalan

Enjin yang dulunya dipasangkan dengan karburetor kini diubah kepada enjin yang menggunakan
teknologi baru iaitu sistem pancitan bahan api elektronik (PBE). Menurut Jamil Hashim (2007) sistem ini
menggunakan meter aliran udara atau pendikit yang beroperasi melalui penderia elektronik dan
mikrokomputer. Fungsinya adalah untuk memastikan enjin beroperasi dengan penggunaan bahan api yang
lebih ekonomi dan kuasa pecutan yang optimum. Jumlah penggunaan injap masuk yang pada awalnya
hanya menggunakan satu injap masing-masing untuk saluran masuk dan saluran ekzos kini ditambahkan
kepada dua atau tiga injap masuk pada setiap selinder.

Pernyataan Masalah

Berdasarkan pada latar belakang masalah yang tertera di atas, jelas menunjukkan bahawa pengguna masih
lagi menghadapi masalah dengan kenaikan harga bahan api yang semakin meningkat dari semasa ke
semasa yang menyebabkan perbelanjaan penggunaan bahan api pada kenderaan semakin membebankan.
Walaupun pengguna terdedah dengan pelbagai produk yang boleh menjimatkan penggunaan bahan api
pada enjin kenderaan mereka, akan tetapi pengguna terpaksa membelanjakan wang berulang kali untuk
mendapatkan produk sekiranya habis digunakan. Oleh itu, penyelidik mencipta Wiz yang direka
mempunyai ciri-ciri tersendiri serta selamat digunakan oleh pengguna kenderaan bagi mengatasi masalah
pengguna pada masa kini.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut iaitu :

1 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin kenderaan dapat
meningkatkan kuasa kuda kenderaan.
2 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin kenderaan dapat
membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif.
3 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin kenderaan dapat
mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin dihidupkan.

Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini akan dapat mengenalpasti adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin
kenderaan dapat membantu mempercepatkan pembakaran, menambahkan kuasa kuda pada enjin
kenderaan, membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif disamping mengurangkan penggunaan
bahan api ketika enjin dihidupkan.

Kajian ini juga, dapat mengetahui dengan menggunakan alat Wiz, enjin kenderaan dapat beroperasi ketika
enjin kenderaan dihidupkan. Udara yang ditambahkan adalah berdasarkan saiz alat Wiz. Alat ini
disambungkan pada hos pam induk brek iaitu pada penggalak brek kuasa dan disambung pada hos masuk
ke pancarongga pengambilan udara.

Skop Kajian

Bagi mencipta alat Wiz, pereka mengambil beberapa buah kenderaan untuk diuji kaji. Kajian ini
dijalankan di bengkel automotif dengan melakukan pengujian analisis ekzos, pengujian dynojet
dynamometer, casis dynamometer serta pengujian memandu kenderaan untuk menentukan keberkesanan
alat Wiz bagi penggunaan bahan api.

Berdasarkan kepada tajuk yang dipilih, skop akan lebih menjurus kepada analisis mengenai sistem 
penambahan tekanan udara melalui penghasilan alat Wiz pada enjin kenderaan yang dapat meningkatkan
kuasa kuda, membantu sistem brek lebih efektif dan disamping mengurangkan penggunaan bahan api 
ketika enjin dihidupkan. 
 
Metodologi 
 
Pengumpulan Maklumat dan Data 
 
Pengumpulan maklumat dan data diperolehi melalui beberapa kaedah yang dijalankan. Diantara kaedah 
yang dijalankan oleh pereka bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penghasilan alat Wiz 
yang hendak dicipta ialah melalui pemerhatian, pengalaman sendiri, temu bual dan menjalankan 
pengujian alatyang telah siap dihasilkan agar dapat menyelesaikan masalah pengguna. 
 
1 Pemerhatian 
 
Kaedah ini digunakan untuk membantu pereka dalam mengumpulkan maklumat dan data mengenai alat 
yang hendak dicipta. Kaedah pemerhatian ini lebih menjuruskan kepada produk yang sedia ada serta 
sistem yang digunakan pada enjin kenderaan dapat menyelesaikan masalah pengguna atau tidak. Hasil 
daripada pemerhatian ini, pereka dapat membuat penambahbaikan pada alat Wiz yang hendak dicipta 
lebih efisen. 
 
2 Pengalaman Sendiri 
 
Berdasarkan pengalaman sendiri juga, pereka mendapat idea untuk menghasilkan alat ini agar dapat 
menyelesaikan masalah mengenai kepuasan ketika memandu di kawasan berbukit dan ketika hendak 
memotong kenderaan lain serta penggunaan bahan api yang berlebihan ketika memandu kenderaan. Ini 
kerana kenderaan yang dipandu tidak mempunyai kuasa henjutan yang lancar. 
 
Rungutan orang ramai juga merupakan salah satu faktor yang mendorong pereka untuk merekacipta 
sesuatu alat yang boleh menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh yang demikian, berdasarkan 
pengalaman ini, dapatlah pereka mencari satu inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut. 
 
3 Temu bual 
 
Kaedah ini dijalankan bertujuan bagi memastikan serta mendapat kesahihan daripada pengguna mengenai 
masalah adalah benar-benar wujud dikalangan pengguna. Ia juga penting bagi pereka dalam proses 
mencipta alat agar alat yang dicipta berfaedah kepada pengguna. 
 
4 Pengujian 
 
Kaedah pengujian ini dijalankan setelah terhasilnya alat Wiz. Tujuan pengujian alat yang direka adalah 
untuk mengetahui keberkesanan alat tersebut dapat mengatasi masalah pengguna. 
 
Pemilihan Reka Bentuk 
 
Dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk, pereka telah menjalankan beberapa kajian berdasarkan lukisan 
kerja yang di lukis. Ini kerana, dalam mencipta sesuatu alat, pereka hendaklah peka terhadap pemilihan 
reka bentuk agar dapat menarik minat pengguna. 

Terdapat dua cara yang boleh membantu pereka dalam membuat pemilihan reka bentuk sesuatu barangan 
yang hendak dicipta iaitu melalui model serta perancangan pembinaan model atau prototaip.
 
1 Model 
 
Model adalah alat yang dihasilkan sebagai contoh dan objek rujukan. Model serupa dengan alat sebenar 
tetapi ia tidak berfungsi. Pelbagai bentuk model dapat dibuat untuk menghasilkan projek yang canggih 
dan unik. 
 
Dalam menghasilkan model, pereka memilih bentuk silinder bagi alat yang dihasilkan. Saiz model dibuat 
dalam ukuran sebenar. Model alat Wiz dibina daripada bahan seperti logam, paip pvc, salur getah dan 
lain-lain bahan yang sesuai. 
 
Menurut Fiere J.L (1967) bahawa sesuatu ciptaan dan rekaan yang baik adalah hasil daripada model yang 
dibentuk terlebih dahulu. Berdasarkan teori ini, pereka cuba menghasilkan sesuatu kreativiti dari segi 
penggunaan bahannya, dimensi, reka bentuk serta rupa bentuk alat yang hendak dihasilkan. Manakala 
menurut M.kassim A.Jalil dan Muta’Ali (1995) pula berpendapat aspek kemanusian merupakan perkara 
yang penting dalam reka bentuk kerana keselamatan dan keselesaan pengguna merupakan faktor penentu 
kejayaan sesuatu produk. Oleh itu, ciri-ciri reka bentuk yang menarik akan mendapat sambutan daripada 
pengguna untuk memilikinya. 
 
Perancangan Pembinaan Model atau Prototaip 
 
Perancangan pembinaan model dilakukan untuk mengurangkan masalah ketika membuat produk serta 
memastikan alat dapat dihasilkan dengan sistematik dan tidak membazirkan bahan, masa dan memastikan 
kos di bawah kawalan ketika menghasilkan alat. 
 
Perbincangan 
 
Proses Pembakaran Pada Enjin Kenderaan 
 
Dalam pengujian proses pembakaran pada enjin kenderaan menunjukkan hasil daripada pembakaran 
campuran udara dan bahan api ( dalam bentuk wap ) bercampur di dalam enjin untuk dimampatkan dan 
dibakar. 
 
Dengan melihat kualiti ekzos enjin, ia memperlihatkan kesan proses pembakaran melalui pengeluaran gas 
hidrokarbon, karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen. Pengujian ini menunjukkan terdapat 
peningkatan dan penurunan pengeluaran gas yang dihasilkan daripada proses pembakaran selepas 
pemasangan alat Wiz. Selepas pemasangan alat Wiz pada enjin kenderaan terdapat peningkatan 
pengeluaran gas karbon monoksida sebanyak 0.55 %. Manakala terdapat penurunan hidrokarbon 
sebanyak 37 ppm. Sebelum pemasangan alat Wiz karbon monoksida berada ditahap yang rendah 
manakala hidrokarbon di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa bahan api di dalam kebuk 
pembakaran banyak terbakar jika hendak dibandingkan pembakaran sebelum pemasangan alat Wiz. 
Begitu juga dengan oksigen menunjukkan penurunan sebanyak 0.14 % selepas pemasangan alat Wiz. 
 
Menurut Alan Williams (1998) tahap hidrokarbon dan karbon monoksida dalam ekzos menunjukkan 
perlakuan enjin. Hidrokarbon dalam ekzos mentah merupakan bahan api yang tidak terbakar. Karbon 
monoksida pula adalah gas beracun tanpa bau yang dihasilkan oleh pembakaran disebabkan oleh 
kekurangan udara atau berlebihan bahan api. Karbon monoksida yang rendah tidak menunjukkan 
campuran lemah. Apa yang menyebabkan campuran menjadi lemah menunjukkan hidrokarbon 
bertambah

Manakala menurut Mohd. Bahaman Mohd Rajuli (2006) sejumlah kecil karbon dioksida biasanya akan 
terbebas dalam udara, namun karbon dioksida tidak disifatkan sebagai bahan pencemaran dan oksigen 
menunjukkan campuran bahan api dan udara. Apabila campuran lemah, tahap oksigen akan bertambah. 
Apabila campuran mencukupi, oksigen akan berkurangan. Secara unggul, jumlah oksigen perlu sangat 
rendah dalam laluan ekzos. 
 
Secara keseluruhannya, pengujian analisis gas ekzos ini menunjukkan pemasangan alat Wiz iaitu dengan 
sistem penambahan tekanan udara tidak memberikan masalah dari segi proses pembakaran pada enjin 
kenderaan kerana ia masih di bawah tahap pemancaran yang diluluskan oleh undang-undang persekutuan 
dan menunjukkan oksigen selepas pemasangan alat Wiz berkurangan berbanding dengan sebelumnya 
sepertimana yang dimaksudkan oleh Mohd Bahaman Mohd Rajuli (2006) apabila campuran mencukupi, 
oksigen akan berkurangan. 
 
Peningkatan Kuasa Kuda Pada Enjin Kenderaan 
 
Berdasarkan daripada penganalisisan pengujian terhadap aspek ini, pengujian yang dijalankan dengan 
menggunakan dynojet dynamometer dapat memberikan gambaran peningkatan kuasa kuda pada enjin 
kenderaan meningkat selepas pemasangan alat Wiz. Aspek-aspek yang dilihat adalah tentang peningkatan 
kuasa maksimum serta peningkatan kuasa kilas maksimum pada enjin kenderaan. Keduadua aspek ini 
apabila dianalisis akan menunjukkan kefungsian alat yang dicipta. 
 
Hasil daripada pengujian dynojet dynamometer menunjukkan selepas pemasangan alat Wiz terdapat 
peningkatan 1.93 kuasa kuda iaitu ditahap kuasa maksimum. Manakala peningkatan sebanyak 2.88 kuasa 
kuda iaitu ditahap kuasa kilas maksimum pada enjin kenderaan. Ini menunjukkan dengan menggunakkan 
alat Wiz dapat meningkatkan kuasa kuda pada enjin kenderaan. Ini berlaku disebabkan dengan 
penambahan udara melalui alat Wiz yang dibekalkan pada pancarongga pengambilan memenuhi ruang 
pembakaran dan berlaku pembakaran dengan cepat sebelum omboh berada di hujung lejang mampatan. 
Campuran udara dan bahan api yang sangat termampat ini boleh menghasilkan kuasa yang lebih tinggi 
semasa lejang kuasa. 
 
Walaupun penambahan udara pada pancarongga pengambilan, campuran udara dan bahan api masih 
berada pada tahap 13 : 1 (graf 4.3.1.1) pada kelajuan tertinggi sepertimana yang diperkatakan oleh Joseph 
Beron (2003) jika kenderaan bergerak laju, nisbah campuran bahan api akan sampai ke tahap 13 – 14.7 : 1 
(13 – 14.7 bahagian udara dan 1 bahagian bahan api ) iaitu nisbah yang ideal untuk enjin kereta. 
Manakala menurut Rosli Hussin (1996) nisbah campuaran udara dan bahan api untuk memberikan 
pembakaran yang lengkap ialah 14.7 bahagian udara dan 1 bahagian bahan api yang dinyatakan sebagai 
14.7:1. 
 
Hal ini berlaku apabila pada kelajuan tinggi enjin, isipadu kecekapan udara dapat dibekalkan melalui alat 
Wiz iaitu sistem penambahan tekanan udara untuk membantu meningkatkan kuasa keluaran enjin pada 
laju yang tinggi sepertimana setengah-setengah kereta menggunakan cas turbo untuk membantu 
meninggikan kecekapan isipadu disamping untuk membantu meningkatkan kuasa keluaran enjin terutama 
pada laju yang tinggi yang dinyatakan oleh Joseph Beron (2003). 
 
Menurut Rosli Hussin (1996) kecekapan isipadu juga boleh bertambah dengan membuat laluan 
pancarongga pengambilan lebih besar (luas), lebih pendek dan lurus. Permukaan dalaman pancarongga 
yang lincin dan rata juga sangat penting. Permukaan yang kasar (kesat) boleh melambatkan aliran 
campuran udara dan bahan api memasuki kebuk pembakaran. 
 
Ini menunjukkan dengan memperbaiki kecekapan isipadu dapat membantu meninggikan kecekapan 
isipadu bagi meningkatkan kuasa keluaran enjin terutama pada laju yang tinggi. Oleh yang demikian,

dengan sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan alat Wiz merupakan salah satu cara untuk 
meninggikan kecekapan isipadu dapat meningkatkan kuasa keluaran enjin pada laju yang tinggi serta 
pengujian melalui proses pembakaran juga menunjukkan hasil pembakaran bahan api lebih banyak 
terbakar jika dibandingkan dengan sebelumnya. 
 
Sistem Brek Kenderaan 
 
Berdasarkan daripada penganalisisan pengujian terhadap aspek ini, pengujian yang dijalankan dengan 
menggunakan casis dynamometer dapat memberikan gambaran sistem brek kenderaan berfungsi dengan 
baik ataupun sebaliknya. Aspekaspek yang dilihat adalah tentang tahap cengkaman brek dari segi roda 
bahagian hadapan, roda bahagian belakang dan keseluruhan cengkaman roda bahagian hadapan dan roda 
belakang. Aspek-aspek yang dianalisis akan menunjukkan kefungsian alat yang dicipta memberikan 
kesan kepada cengkaman brek ataupun sebaliknya. 
 
Hasil daripada pengujian casis dynamometer menunjukkan selepas pemasangan alat Wiz terdapat 
peningkatan 2.5 % cengkaman roda hadapan. Manakala terdapat penurunan cengkaman pada sistem brek 
belakang sebanyak 2 %. Keseluruhan bagi cengkaman sistem brek roda hadapan dan roda belakang 
menunjukkan peningkatan sebanyak 0.25 %. Peningkatan yang sedikit ini agar sukar untuk dikatakan 
bahawa dengan pemasangan alat Wiz pada kenderaan dapat membantu sistem brek berfungsi dengan 
lebih efektif. Ini kerana banyak faktor yang menyebabkan peningkatan ataupun penurunan peratusan 
terhadap cengkaman pada sistem brek kenderaan. Peningkatan yang terlalu sedikit tidak memberikan 
gambaran bahawa dengan pemasangan alat Wiz dapat membantu sistem brek kenderaan berfungsi dengan 
lebih efektif. Keadaan ini cuma boleh dikatakan dengan pemasangan alat Wiz iaitu sistem penambahan 
tekanan udara sekadar membantu tekanan yang dikenakan ke pelocok dalam selinder induk melalui 
penggalak brek vakum. 
 
Menurut Mohd Bahaman Mohd Rajuli (2006) kebanyakkan kenderaan menggunakan brek terbantu kuasa. 
Terdapat banyak juga kenderaan yang menngunakan penggalak brek vakum untuk menambah tekanan 
yang dikenakan ke pelocok dalam selinder brek. Manakala menurut Joseph Beron (2003) vakum enjin 
digunakan untuk mengawal kendalian peralatan tambah tertentu seperti system pemanas dan penyaman 
udara, penggalak brek kuasa, komponen kawalan laju serta modul penghantaran automatik. 
 
Berdasarkan kenyataan Mohd Bahaman Mohd Rajuli (2006) dan Joseph Beron (2003) hal ini adalah 
disebabkan apabila alat Wiz di pasangkan pada hos dari penggalak brek kuasa iaitu selepas injap dan 
disambung pula ke pancarongga pengambilan menyebabkan udara yang dihasilkan oleh penggalak brek 
kuasa kurang digunakan. Udara yang terdapat pada penggalak brek kuasa dapat digunakan sepenuhnya 
pada sistem brek untuk memberi tekanan kepada pelocok dalam selinder brek. Manakala udara untuk 
enjin dibekalkan melalui alat Wiz. 
 
Oleh yang demikian, dengan sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan alat Wiz merupakan 
sekadar alat untuk membantu membekalkan udara kepada enjin ketika pembakaran serta berkongsi udara 
dengan penggalak brek kuasa. Udara yang terdapat pada penggalak kuasa brek dapat digunakan 
sepenuhnya pada sistem brek. Selain itu juga, kalau dilihat operasi sistem brek kenderaan, banyak faktor 
yang menyebabkan sistem brek kenderaan itu berfungsi dengan baik. Salah satunya melalui tekanan 
hidraulik turut digunakan daripada pam stereng kuasa untuk menambah tekanan ke atas bendalir brek 
yang dinyatakan oleh Rusli Hussin (1996). 
 
Penggunaan Bahan Api 
 
Berdasarkan daripada penganalisisan pengujian terhadap aspek ini, pengujian yang dijalankan dengan 
memandu kenderaan pada jarak tertentu dengan pengisian bahan api yang sama sebelum dan selepas 
pemasangan alat Wiz dapat memberikan gambaran penggunaan bahan api sesebuah kenderaan.
Aspek-aspek yang dilihat adalah tentang penggunaan bahan api pada setiap perjalanan satu kilometer.
Aspek-aspek yang dianalisis akan menunjukkan kefungsian alat yang dicipta memberikan kesan kepada 
penggunaan bahan api. 

Hasil daripada pengujian pemanduan ini menunjukkan selepas pemasangan alat Wiz terdapat 
pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter bagi perjalanan setiap kilometer. Jika dilihat 
penggunaan bahan api sebelum pemasangan alat Wiz menunjukkan jumlah bahan api yang digunakan 
untuk setiap kilometer ialah sebanyak 0.077 liter. Manakala penggunaan bahan api selepas pemasangan 
alat Wiz menunjukkan jumlah bahan api yang digunakan untuk setiap kilometer ialah sebanyak 0.061 
liter. Hal ini menunjukkan terdapat pengurangan penggunaan bahan api selepas pemasangan alat Wiz. Hal 
ini berlaku apabila pada kelajuan tinggi enjin, isipadu kecekapan udara dapat dibekalkan melalui alat Wiz 
iaitu sistem penambahan tekanan udara untuk membantu menambah kelajuan aliran udara dan 
menambahkan jumlah udara yang disediakan untuk selinder. Apabila proses pembakaran lengkap dari 
segi campuran udara dan bahan api yang mencukupi maka perjalanan enjin bergerak lebih lancar. 
Pergerakan enjin yang lebih lancar serta dapat memberikan kuasa keluaran enjin yang tinggi pada 
kelajuan tinggi dapat mengurangkan penggunaan bahan api ketika kelajuan di tahap yang sederhana 
sepertimana yang dikatakan oleh Alan Williams (1998) lebih banyak kuasa disediakan pada kelajuan 
tinggi tanpa mengurangkan daya kilas kelajuan rendah dan menjimatkan bahan api. Manakala menurut 
Rosli Hussin nisbah mampatan yang terlalu rendah tidak mampu untuk memberi kuasa keluaran yang 
baik di samping kurang menjimatkan penggunaan bahan api. Ini menjelaskan bahawa campuran udara 
dan bahan api tidak seimbang yang menyebabkan campuran menjadi kaya. Apabila campuran kaya maka 
prestasi enjin akan berkurangan dan penggunaan bahan api pun berlebihan. 

Secara keseluruhannya, pengujian pemanduan selepas pemasangan alat Wiz menunjukkan terdapat 
penjimatan penggunaan bahan api bagi setiap kilometer. Ini kerana udara yang dibekalkan melalui alat 
Wiz sentiasa membantu melancarkan perjalanan enjin. 
 
Rumusan 
 
Melalui penganalisisan data dan perbincangan mengenai hasil dapatan dapatlah dirumuskan bahawa 
dalam pengujian proses pembakaran pada enjin kenderaan dengan menggunakan alat Wiz menunjukkan 
campuran mencukupi serta hasil pembakaran masih di bawah tahap pemancaran yang diluluskan oleh 
undangundang persekutuan. Hal ini adalah kerana setiap pengguna kenderaan perlu mematuhi peraturan 
tersebut agar semua kenderaan memenuhi tahap tertentu pemancaran. Tahap pemancaran adalah 
merupakan hasil daripada proses pembakaran yang mengeluarkan beberapa jenis gas yang boleh 
menyebabkan pencemaran udara serta menunjukkan kelakuan sesebuah enjin. Selain daripada 
pencemaran udara, hasil pengeluaran gas karbon monoksida yang tinggi boleh menyebabkan bahaya 
kepada manusia kerana gas ini beracun dan tidak berbau. Secara keseluruhannya penggunaan alat Wiz 
pada enjin kenderaan tidak memberikan masalah dari segi proses pembakaran pada enjin kenderaan 
kerana ia masih di bawah tahap pemancaran yang diluluskan oleh undang-undang persekutuan. 
 
Faktor peningkatan kuasa kuda pada enjin kenderaan membuktikan bahawa kefungsian dan keberkesanan 
alat Wiz yang membekalkan udara pada enjin kenderaan setiap masa melalui pancarongga pengambilan. 
Keadaan ini berlaku apabila hasil daripada penganalisisan data menunjukkan terdapat peningkatan kuasa 
kuda pada kelajuan tinggi enjin. Seperti yang kita ketahui, pada laju yang tinggi enjin mempunyai masa 
yang agak sukar untuk bernafas atau dimasuki oleh udara. Ini menyebabkkan selinder enjin hanya mampu 
mengambil udara yang sedikit dan tidak boleh menghasilkan penambahan kuasa keluaran yang lebih 
besar. Apabila keadaan ini berlaku, maka kecekapan isipadu hanya dipenuhi separuh campuran udara dan 
bahan api di dalam selinder pada kelajuan yang tinggi. Dengan itu penambahan udara melalui alat Wiz 
dapat membantu masalah kecekapan isipadu pada laju yang tinggi. Ini kerana udara yang dibekalkan teruske pancarongga pengambilan dan terus di hantar ke kebuk pembakaran. Hasil daripada proses 
pembakaran juga menunjukkan peningkatan gas karbon monoksida dan pengurangan gas hidrokarbon
menyebabkan prestasi enjin mangkin bertambah. Ini kerana gas hidrokarbon iaitu merupakan bahan api 
banyak terbakar di dalam kebuk pembakaran untuk menghasilkan tenaga haba tinggi agar dapat 
memberikan kuasa untuk menolak omboh ke bawah (tekanan) apabila berlaku pengembangan gas di 
dalam kebuk pembakaran. Walaupun peningkatan kuasa kuda tidak terlalu banyak akan tetapi 
peningkatan sebanyak 1.93 kuasa kuda pada laju enjin yang tinggi menunjukkan bahawa keberkesanan 
alat Wiz dapat membantu meningkatkan kuasa kuda sesebuah kenderaan. 
 
Berdasarkan hasil analisis pereka mendapati keberkesanan alat Wiz pada sistem brek kenderaan agar 
sukar untuk dikatakan bahawa dengan pemasangan alat Wiz pada kenderaan dapat membantu sistem brek 
berfungsi dengan lebih efektif. Ini kerana jumlah peningkatan cengkaman pada sistem brek kenderaan 
cuma meningkat 0.25 %. Jumlah peningkatan yang sedikit ini tidak dapat memberikan gambaran bahawa 
dengan pemasangan alat Wiz dapat membantu sistem brek kenderaan dengan lebih efektif. Ini kerana 
banyak faktor yang menyebabkan peningkatan peratusan yang sedikit terhadap cengkaman pada sistem 
brek kenderaan. Akan tetapi boleh dirumuskan bahawa keadaan ini cuma boleh dikatakan dengan 
pemasangan alat Wiz iaitu sistem penambahan tekanan udara sekadar membantu tekanan yang dikenakan 
ke pelocok dalam selinder induk melalui penggalak brek vakum. Keadaan ini memperlihatkan alat Wiz 
merupakan sekadar membantu membekalkan udara kepada enjin ketika pembakaran serta berkongsi udara 
dengan penggalak brek. Bermaksud udara yang terdapat pada penggalak brek dapat digunakan 
sepenuhnya pada system brek untuk memberi tekanan kepada pelocok dalam selinder brek dan udara 
untuk pembakaran enjin akan dibekalkan oleh alat Wiz melalui pancarongga pengambilan. Walaupun alat 
Wiz tidak memberikan kesan yang begitu efektif pada sistem brek kenderaan, akan tetapi dengan 
pemasangan alat Wiz ia tidak menimbulkan masalah kepada sistem brek kenderaan yang asal. 
 
Hasil analisis juga mendapati penggunaan bahan api dapat dijimatkan setelah menggunakan alat Wiz 
yang dipasang pada enjin kenderaan. Pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter bagi 
perjalanan setiap kilometer menunjukkan bahawa kefungsian alat yang dicipta ini. Hal ini belaku apabila 
isipadu kecekapan dapat dikekalkan di dalam kebuk pembakaran dengan menambah jumlah udara melalui 
alat Wiz pada kelajuan tinggi. Pembakaran yang lengkap juga merupakan faktor bagi penjimatan bahan 
api serta melancarkan perjalanan enjin. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa hasil daripada 
pengujian penggunaan bahan api memberi kesan terhadap keberkesanan menggunakan alat Wiz pada 
enjin kenderaan dapat mengurangkan penggunaan bahan api. 

sumber : Muhammad Sukri Bin Saud & Wan Iszham Bin Wan Ishak 
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Search This Blog