teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

Kereta Sport Pertama Keluaran Negara Arab

 Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha, kelmarin. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). 

Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab. 

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron. 
 Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. 

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. 

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. 

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j. 

Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO. 

Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.

Proton Preve Hatcback 2013


Dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2013, pengeluar kereta nasional negara, PROTON kini sedang rancak melakukan pelbagai uji-kaji sebelum pelancarannya. Model ini membawa kod nama P3-22A ( atau Prevé hatchback) adalah lanjutan daripada versi sedan Proton Preve yang dliancarkan pada suku pertama 2012.











Proton abad ke - 21

 Jika kebanyakan pengeluar kereta gergasi seperti Toyota,Honda,Ferari,BMW dan lain-lain berusaha mencipta kereta konsep untuk masa depan,pengeluar kereta Nasional kita juga tidak ketinggalan dalam mencipta kereta konsep.

Proton berusaha mencipta model kereta yang lebih canggih dan mesra alam pada masa hadapan selain mengambil kira bentuk rekaan dan kegunaan para pelanggan.


Search This Blog