Satu daripada faktor yang memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api adalah rintangan yang dihasilkan sewaktu golekan tayar. Tayar berteknologi terkini mampu membantu mengurangkan rintangan geseran guling ini dan seterusnya membantu menjimatkan penggunaan bahanapi kereta anda.
Satu siri tayar dengan teknologi sedemikian ialah tayar yang dikeluarkan oleh Goodyear, dikenali sebagai Assurance Fuel Max. Teknologi penjimatan minyaknya dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 4 peratus. Kadar penjimatan bahanapi sebanyak 4 peratus itu juga boleh dizahirkan dengan penjimatan 320 liter petrol sepanjang hayat tayar berkenaan.
Tayar Assurance Fuel Max ini dilapisi bahan DuPont Kevlar yang ringan dan memberikan ketahanan lima kali ganda berbanding keluli. Ujian perbandingan rintangan geseran guling telah dijalankan di Perancis dan juga di Pusat Inovasi Goodyear di Luxembourg telah membuktikan bahawa tayar bersebatian silika sepenuhnya ini tahan 15% lebih jauh jarak kegunaannya berbanding Goodyear Ducaro GA yang berasaskan karbon.
Ujian jalanan ke atas satu set tayar ini juga mendapati bahawa ianya mambu memberikan kawalan jalan basah yang baik dalam cuaca basah seperti yang sering dialami kini. Kehadiran zon basahnya nyata mampu mengalirkan air yang mencukupi dari permukaan jalan bagi menghasilkan cengkaman jalan raya yang baik walaupun sewaktu hujan lebat.
Cengkaman jalan sewaktu pemanduan kering juga didapati baik dengan prestasi pemberhentian yang baik sewaktu membrek, dan juga menyakinkan bila menangani selekoh. Tahap bunyi tayar juga adalah selesa dan tidak mengganggu penumpang.
Model tayar Goodyear Assurance Fuel Max yang dikategorikan sebagai tayar kegunaan pelbagai cuaca ini boleh didapati dalam pelbagai kelebaran untuk roda bersaiz 15″ – 17″. Sesuai untuk kegunaan kebanyakan kereta sedan yang terdapat di Malaysia, ianya boleh didapati di kedai Goodyear Servitekar dan Autocare seluruh negara. Maklumat teknikal lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.goodyear.com