teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

DOHC vs SOHC


SOHC (Single Over Head Cam)

Kelebihan (dalam perbandingan dengan DOHC, SOHC lebih banyak kelebihan lagi kalau dibandingkan dengan enjin2 side valve, enjin over head valve dengan push rod etc.)
1. Lebih ringan
2. Kurang "rotating mass"
3. Rekabentuk lebih mudah.

Kekurangan (berbanding dengan DOHC)

1. Kedudukan palam pencucuh.
2. Pemasaan valve dan sudut valve
3. Penggunaan "rocker arm" adalah perlu.
4. bentuk kebuk pembakaran (kebuk pembakaran berbentuk kubah kerana cam tunggal perlu diletakkan di tengah, piston kubah yang lebih berat diperlukan untuk meningkatkan nisbah mampatan)
5. Piston kubah (sekiranya digunakan) lebih berat dan menghadkan bukaan maksimum valve.
6. Penyejukan valve kurang efisyen.

DOHC (Double Over Head Cam)

Kelebihan (Berbanding dengan SOHC)

1. Sudut valve lebih mendatar.
2. Kedudukan palam pencucuh lebih efisyen.
3. Pemasaan valve yang lebih terperinci (exhaust dan intake)
4. Penyusunan sudut valve lebih datar membolehkan kebuk pembakaran lebih rata.
5. Faktor 4 membenarkan penggunaan piston kepala rata dalam masa yang sama mengekalkan nisbah mampatan yang tinggi.
6. Piston kepala rata dan susunan sudut valve lebih rata membolehkan pembukaan valve lebih besar dan lebih lama.
7. penyejukan kepala silinder lebih baik (lebih luas permukaan)
8. Penggunaan shim n bucket, mengurangkan komponen bergerak dan mengurangkan tolerance dalam pemasaan valve (valve direct ke cam lobe, dengan rocker arm ada kelegaan antara cam lobe - rocker arm - valve).

Kekurangan DOHC (Berbanding SOHC)

1. Lebih berat. (tapi kelebihan output kuasa dari nisbah mampatan dan pembakaran lebih baik mengatasi kekurangan ini)
2. Lebih kompleks. (masih diterima atas sebab di atas)

Tu antara kekurangan dengan kelebihan dua2 rekabentuk ni. Engine DOHC boleh dikatakan rekaan yang lebih modern berbanding enjin SOHC. Potensi kuasa engine DOHC lebih tinggi terutamanya dalam engine dengan RPM tinggi di mana, kemampuan engine DOHC untuk memasakan valve dan juga rekabentuk piston yang lebih seimbang dan ringan membenarkan engine DOHC berputar pada RPM lebih tinggi dengan lebih efisyen.

Tapi, engine SOHC masih digunakan untuk kenderaan kelas ekonomi. Rekaannya lebih mudah dan lebih murah dan engine SOHC masih tetap efisyen untuk engine yang ber RPM rendah dan lebih menumpukan pada julat rpm rendah ke pertengahan dan bukan rpm tinggi. Untuk applikasi seperti ini, engine SOHC berkelebihan dari segi ketahanan, penjimatan tenaga dan kos.

Tips Penjagaan Kereta



 
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga injin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.


Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.


Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.

Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..

penjagaan gearbox


Tips penjagaan gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

5. Tips penjagaan radiator kereta

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudina melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pad jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan injin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara penyelengaraan radiator:

Setiap 3 bulan
1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan.

perlu ambil tahu


Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 5,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:
– Enjin ‘tune up' bagi setiap 10,000 km
– Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
– Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
– Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
– Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
– Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
– Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.

jimat petrol


 

PENJIMATAN BAHAN API

Apabila kereta semakin banyak menggunakan petrol berbanding sebelum ini ia mungkin disebabkan beberapa faktor seperti cara menggunakan gear, menekan pedal minyak dan menghidupkan kereta terlalu lama ketika berhenti.
Punca lain mungkin disebabkan oleh kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke kedai untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.
Apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol hingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi daripada tahap biasa.Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Alat membawa barang atas bumbung kereta atau MPV boleh menambah lima peratus penggunaan petrol. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika memecut

jaga kereta



 


AMALAN BAIK JAGA KERETA

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.
Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).
Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 5 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 5 tahun dulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar

Iklan percuma!!!


kepada mana -mana blogger atau kedai atau syarikat atau orang perseorangan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk paparkan IKLAN PERCUMA di blog ini adalah amat dialu-alukan

 individu yang ingin berkongsi cerita...tentang KERETA..di dalam blog ini :
sebarang kereta / jenis / model / tahun ...boleh hantar ke blog ini...Kita kongsi CERITA tentang kereta bersama .

Diharap perkongsian cerita ini..dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang kereta.

terima kasih ,
teamexora






Search This Blog