teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

produk proton [ dalam Fail ]


Generasi Exora terkini


proton juara citarasa terkini





Kerana sudah bosan dengan rupa bentuk JUARA , satu keputusan yang berat = berat mata memandang berat lagi bahu memikul
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amacam ....boleh tak

Proton bakal guna enjin Petronas E01

Menurut www.bharian.com.my hari ini, DRB-Hicom Bhd sedang berunding dengan Petronas untuk membeli enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya. Proton bercadang menggunakan enjin Petronas E01 yang memiliki teknologi VVT tersebut pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.

Enjin E01 telah dibangunkan oleh sekumpulan jurutera tempatan yang bermula semasa pembabitan Petronas bersama pasukan F1 Sauber. Enjin berkapasiti 2.0 liter ini mempunyai keupayaan tinggi namun cadangan asal untuk menjadikannya sebagai enjin Proton pada mulanya tidak menjadi kenyataan kerana Proton telah membangunkan enjin sendiri iaitu Campro.

Selain itu Petronas juga telah membangunkan enjin motorsikal GP1 3 silinder 4 lejang yang kini digunakan sebagai enjin berprestasi tinggi untuk kenderaan rekreasi termasuklah kenderaan salji Austrian Ski-Doo dan jet ski. Persoalannya sekarang adakah benar berita ini dan adakah teknologi enjin Petronas E01 boleh dikembangkan kepada beberapa variant yang berkapasiti lebih kecil seperti 1.2 & 1.5 liter kerana trend pengeluar automotif pada masa ini akan mengecilkan kapasiti enjin dan dipasang dengan turbo untuk lebih efisien dan menjimatkan minyak. Apa pendapat anda?

Sedikit info untuk enjin Petronas E01 :

Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2

Persona Yang Diubahsuai Menjadi Mazda RX8



Amat jarang sebenarnya kita dapat melihat kereta proton jenis Persona yang diubahsuai menjadi model kereta yang lain. Kebiasaannya yang kita dapat lihat di atas jalan raya adalah seperti proton Wira, Waja, dan sebagainya. Kali ini model Proton Persona pula dilihat diubahsuai menjadi modelMazda RX8.

Proton SUV


                                           foto atas : proton suv

proton suv masih mengekalkan enjin yang sama campro cfe 1.6 cc . Nama model masih di rahsiakan untuk paparan umum.

                                        foto bawah :  toyota harrier


Search This Blog