teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

CFE


1. Turbo CFE
Adakah turbo yang digunakan pada Exora Bold CFE dari jenis geometri turbo? Dalam perjalanan jauh adakah penggunaan auto cruise lebih menjimatkan minyak? 
Jawapan: Enjin CFE Proton menggunakan turbo Borg Warner ‘low-inertia’. Dalam perjalanan jauh di lebuh raya, penggunaan ‘auto cruise’ boleh menjimatkan minyak kerana dengan menetapkan kelajuan kenderaan. Ini bermakna ia menetapkan tahap pusingan enjin yang akan memastikan aliran minyak petrol ke dalam kebuk pembakaran sentiasa sama dan tidak turun naik. Tekanan kaki pada pedal minyak biasanya tidak tetap menjadikan aliran petrol tidak sekata dan boleh mengundang penggunaan minyak lebih tinggi.

2. Bateri kerap habis
Kereta Waja 1.6 (A) 2005 saya kerap kehabisan bateri dan terpaksa menggunakan ‘jumper’. Walaupun bateri baru ditukar masalahnya tidak hilang. Apabila tanya mekanik mereka mengatakan alternator yang rosak. Apakah fungsi dan punca alternator tersebut rosak? 
Jawapan: Ada dua sebab mengapa kuasa bateri tak tahan lama. Pertama, sistem mengecas iaitu ‘alternator’ tidak mengecas bateri kerana sistem ‘rectifier’ yang menukar voltan AC ke voltan DC sudah rosak. Boleh jadi juga tali kipas atau ‘fan belt’ terlalu kendur, menyebabkan pusingan ‘alternator’ tidak memadai untuk mengeluarkan voltan secukupnya bagi mengecas bateri. Tetapi kalau tali kipas yang kendur, enjin akan menjadi panas kerana pam air penyejuk tidak berfungsi dengan sempurna. Sebab kedua, ada tirisan karan melalui alat aksesori ketika enjin tidak berjalan. Walau pun enjin tidak berjalan ada perlatan yang masih menggunakan kuasa bateri. Cara mudah untuk menentukan sama ada alternator berfungsi dengan baik ialah di waktu malam. ketika enjin berjalan pasang lampu hadapan (jangan pasang aksesori lain seperti alat pendingin hawa, radio dll) dan halakan kedinding. Matikan enjin dan jika lampu menjadi malap ia bermakna alternator berfungsi dengan baik.

3. RON mana lebih jimat
Dengan perbezaan dua mata adakah petrol RON 97 mampu memberi penjimatan atau pecutan yang ketara (berbanding RON95)? Apakah fungsi RON dalam petrol? Faedah dari segi penjimatan dan kuasa? 
Jawapan: RON (research octane number) is pengukuran tahap ketahanan pembakaran petrol di bawah tekanan atau compression untuk mengelakan berlaku pembakaran tersendiri atau self-ignition. Keadaan ini menjadikan pembakaran awal dalam kebok pembakaran enjin berlaku sebelum cucuhan dari palam pencucuh dan ini boleh merosakan enjin. Fenomena dipanggil sebagai engine knock atau pinking.
Enjin kereta biasa yang dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api atau fuel injection system telah direka bentuk untuk menggunakan minyak petrol RON95. Hanya kereta berprestasi tinggi seperti Mazda RX8, Mitsubishi EVO 10 dan sebagainya adalah disyorkan untuk menggunakan minyak petrol RON97 atau yang lebih tinggi.

4. Beza ‘waterpump’
Apakah perbezaan di antara water pump dan thermostat? Di manakah terletaknya suis haba? 
Jawapan: Water pump ialah pam yang mengalirkan air untuk menyejukkan enjin dan thermostat pula ialah alat seperti injap yang mengawal aliran air penyejuk. Alat ini yang sensitif pada haba digunakan untuk menutup dan membuka injap tersebut.

Tips Penjagaan Tayar - Peka keadaan tayar
Terdapat dua perkara penting yang boleh memberi kesan kepada aspek keselamatan kenderaan, iaitu keadaan brek dan tayar yang digunakan. Jangan pandang remeh kepada dua perkara ini. Bagi tayar, pastikan ia masih berada di dalam tempoh hayatnya. Walaupun keadaan bunga masih tebal, jika sesebuah tayar itu sudah lama digunakan dan melepas tempoh hayatnya (biasanya dalam tempoh tiga), adalah elok jika ia ditukar. Struktur dan cengkamannya mungkin sudah berkurangan di dalam tempoh berkenaan, dan mungkin akan memberi kesan kepada pemanduan anda.



Search This Blog