teamExora

Selamat Datang - Kongsi cerita/ilmu/maklumat perihal kereta/mpv

DOHC vs SOHC


SOHC (Single Over Head Cam)

Kelebihan (dalam perbandingan dengan DOHC, SOHC lebih banyak kelebihan lagi kalau dibandingkan dengan enjin2 side valve, enjin over head valve dengan push rod etc.)
1. Lebih ringan
2. Kurang "rotating mass"
3. Rekabentuk lebih mudah.

Kekurangan (berbanding dengan DOHC)

1. Kedudukan palam pencucuh.
2. Pemasaan valve dan sudut valve
3. Penggunaan "rocker arm" adalah perlu.
4. bentuk kebuk pembakaran (kebuk pembakaran berbentuk kubah kerana cam tunggal perlu diletakkan di tengah, piston kubah yang lebih berat diperlukan untuk meningkatkan nisbah mampatan)
5. Piston kubah (sekiranya digunakan) lebih berat dan menghadkan bukaan maksimum valve.
6. Penyejukan valve kurang efisyen.

DOHC (Double Over Head Cam)

Kelebihan (Berbanding dengan SOHC)

1. Sudut valve lebih mendatar.
2. Kedudukan palam pencucuh lebih efisyen.
3. Pemasaan valve yang lebih terperinci (exhaust dan intake)
4. Penyusunan sudut valve lebih datar membolehkan kebuk pembakaran lebih rata.
5. Faktor 4 membenarkan penggunaan piston kepala rata dalam masa yang sama mengekalkan nisbah mampatan yang tinggi.
6. Piston kepala rata dan susunan sudut valve lebih rata membolehkan pembukaan valve lebih besar dan lebih lama.
7. penyejukan kepala silinder lebih baik (lebih luas permukaan)
8. Penggunaan shim n bucket, mengurangkan komponen bergerak dan mengurangkan tolerance dalam pemasaan valve (valve direct ke cam lobe, dengan rocker arm ada kelegaan antara cam lobe - rocker arm - valve).

Kekurangan DOHC (Berbanding SOHC)

1. Lebih berat. (tapi kelebihan output kuasa dari nisbah mampatan dan pembakaran lebih baik mengatasi kekurangan ini)
2. Lebih kompleks. (masih diterima atas sebab di atas)

Tu antara kekurangan dengan kelebihan dua2 rekabentuk ni. Engine DOHC boleh dikatakan rekaan yang lebih modern berbanding enjin SOHC. Potensi kuasa engine DOHC lebih tinggi terutamanya dalam engine dengan RPM tinggi di mana, kemampuan engine DOHC untuk memasakan valve dan juga rekabentuk piston yang lebih seimbang dan ringan membenarkan engine DOHC berputar pada RPM lebih tinggi dengan lebih efisyen.

Tapi, engine SOHC masih digunakan untuk kenderaan kelas ekonomi. Rekaannya lebih mudah dan lebih murah dan engine SOHC masih tetap efisyen untuk engine yang ber RPM rendah dan lebih menumpukan pada julat rpm rendah ke pertengahan dan bukan rpm tinggi. Untuk applikasi seperti ini, engine SOHC berkelebihan dari segi ketahanan, penjimatan tenaga dan kos.

Search This Blog